Vitamin C Tak Boleh Bunuh Virus, Jangan Salah Faham!

Ya Vitamin C memang tak boleh bunuh apa-apa virus sekalipun. Ramai yang salah faham. Habis tu kenapa ramai orang sibuk beli bila wabak covid-19 melanda? Membazir duit saja la?

Nanti dulu. Sebelum buat keputusan nak beli atau tidak, jom fahamkan dulu kenapa ramai sangat beli Vitamin C ketika wabak melanda.

FAHAMI SISTEM IMUN MANUSIA

Sistem imun bertindak sebagai sistem pertahanan badan yang terdiri daripada komponen sel dendritik, sel makrofaj, sel pembunuh semulajadi dan sistem complement. Kesemua sel-sel ini ada fungsi masing-masing seperti menangkap antigen, bunuh mikroorganisam dalam sel, bunuh sel tertentu dengan spontan dan bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan bahan kimia lain untuk aktifkan sel T (untuk musnahkan antigen).

Ada sel imun yang akan berkurang apabila umur meningkat. Ada juga sel imun yang menjadi lemah disebabkan oleh makanan tidak berkhasiat, merokok, kurang bersenam, selalu stress dan sebagainya.

APA BERLAKU BILA SEL IMUN LEMAH?

  1. Risiko mudah mendapat penyakit berjangkit – Sebagai contoh, wabak virus covid-19 lebih mudah menyerang mereka yang mempunyai sistem imun rendah atau ketahanan badan yang lemah.
  2. Tindakbalas terhadap vaksin kurang berkesan terutama terhadap warga emas.
  3. Tinggi risiko mendapat kanser – Disebabkan sistem imun badan lemah, ia tak dapat kenalpasti dan hapuskan sel kanser, menyebabkan sel kanser semakin merebak.
  4. Penyakit degeneratif akibat penuaan – Ini kerana fungsi sistem imun yang makin lemah bila umur makin meningkat, ditambah dengan penyakit kronik yang lain.

KAITAN VITAMIN C DENGAN SISTEM IMUN

Mesti ramai dah boleh agak apa kaitan Vitamin C dengan sistem imun kan?

Ya, punca ramai rakyat Malaysia borong beli Vitamin C ketika wabak covid-19 melanda negara adalah kerana Vitamin C bertindak menguatkan sistem pertahanan tubuh manusia. Ia tidak boleh dihasilkan secara semula jadi, maka kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian.

Makanan yang kaya dengan Vitamin termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi berapa ramai yang makan 5 hidangan buah dan sayur sehari? Agak susah nak pastikan hari-hari makan buah dan sayur, 5 hidangan pula tu. Sebab itu pengambilan Vitamin C tablet sangat membantu kuatkan sistem imun terutama ketika virus sedang berleluasa sekarang.

Sememangnya Vitamin C tak boleh bunuh virus, tapi ia kuatkan sistem pertahanan tubuh. Sistem pertahanan lah yang bunuh virus. Faham kan kaitannya?

VITAMIN C MANA NAK PILIH?

Ada banyak pilihan vitamin di pasaran. Mana satu nak pilih? Ok anda boleh guna garis panduan di bawah :

  1. Pilih yang organik dan dari sumber semulajadi, bukan sintetik. Jenis sintetik kurang berkesan dan mungkin ada kesan sampingan.
  2. Vitamin C dengan bioflavonoids menyerap lebih bagus berbanding Vitamin C sahaja.
  3. Pilih yang ada teknologi sustained release. Ia lepaskan kandungan Vitamin C secara berperingkat. Contohnya, 100mg setiap jam. Jadi 1 tablet 500mg bertahan selama 5 jam.
  4. Harga yang berpatutan. Ada yang jual rm0.50 sebiji, ada juga rm1.00 sebiji, jadi buat pilihan bijak.
  5. Sumber jagung lebih mesra usus dan sesuai untuk orang gastrik berbanding sumber citrus seperti oren dan lemon.

Diharap penjelasan ringkas ini dapat membantu anda faham betapa pentingnya pastikan sistem ketahanan tubuh atau sistem imun sentiasa kuat, supaya dapat mencegah dari dijangkiti virus, bakteria dan apa-apa risiko penyakit kritikal seperti kanser. Semoga wabak covid-19 ini segera lenyap dan kesemua pesakit yang dijangkiti sembuh dengan segera. Allahumma amiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge