Viral Wanpaku Sandwich Resepi dan Cara Buat Step by Step

Baru-baru ini viral Wanpaku Sandwich di sana sini. Semua orang nak cuba buat sebab mudah saja. Diba pun tak ketinggalan. Sebelum Diba share cara buat step by step, kita fahami dulu kenapa nama dia macam tu. Ha mesti ramai pelik kan paku-paku namanya.

Wanpaku Sando ni asalnya dari Jepun dari tahun 2016 lagi dah viral tapi lambat betul sampai Malaysia. Wanpaku maksudnya sesuatu yang colourful, naughty mischievous. Jadi sebab itulah diguna pakai term wapaku tu. Ok jom tengok cara buat. Mudah yang amat.

Menu ini sangat healthy jadi janganlah kita ubahsuai jadi unhealthy pula. Pastikan portion karbo (roti) sederhana, fiber (sayur-sayuran) banyak, protein (dada ayam, ikan, telur etc) 1 bahagian dan lemak sedikit.

Bahan-bahan:

Roti Gardenia Wholemeal hijau 2 keping
Salad 3 jenis
Kobis ungu
Tomato
Capsicum
Lobak merah
Timun jepun
Tuna in organic broth (ayam brand) mix olive oil, lada hitam, lada putih
Salad dressing 1 sudu

Cara buat sama saja macam sandwich biasa cuma layer salad jadi tebal. Untuk kurangkan ketebalan, hiris sayuran nipis-nipis macam dalam gambar.

Ok dah siap susun satu per satu lapisan salad, protein dan salad lagi. Balut dulu dengan plastic wrapping lepas tu balut dengan parchment paper pulak. Dah siap balut kemas-kemas potong tengah.

Tips extra:

1. Jangan letak byk sos/mayo/dressing nanti muak dan roti jadi lembik.

2. Keringkan sayur-sayuran.

3. Hiris nipis-nipis kalau tak nak sandwich jadi tebal gila.

4. Lepas siap terus makan baru fresh. Simpan lama nanti roti jadi lembik.

Semoga bermanfaat untuk korang yang baru nak cuba buat Wanpaku Sandwich yang viral ini. Selamat mencuba!

Ingat, let it be healthiest possible ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge