tips berjaya capai impian

Tips Motivasi : Jadi Orang Pekak Untuk Capai Impian

tips berjaya capai impian jadi orang pekak

Tengahari tadi Diba scroll Facebook. Terjumpa komik dari Muslim Show. Deep sangat apa yang cuba disampaikan. Korang faham kan? Penulis komik cuba sampaikan konsep jadi orang pekak dalam mencapai impian dan kejayaan.

JADI ORANG PEKAK

Komik di atas menceritakan seorang lelaki yang ingin membina surau tetapi diketawakan dan dihina oleh orang sekeliling. Tetapi lelaki tersebut tetap meneruskan kerjanya membina surau itu perlahan-lahan tanpa mempedulikan apa yang dilemparkan kepadanya. Ada yang dia gila kerana ingin membina surau itu seorang diri.

Namun akhirnya apabila surau itu berjaya disiapkan, mereka yang menghina awalnya mula berasa kagum. Dan mereka tertanya-tanya bagaimana lelaki itu berjaya melakukannya. Kerja yang nampak mustahil tetapi berjaya disiapkan. Rupanya lelaki itu pekak. Jadi apa saja kata-kata hina yang dilemparkan kepadanya tidak didengari apa lagi difahami.

PENGAJARAN DARI ORANG PEKAK

Diba suka dengan isi kandungan komik ini.

Konsep jadi ‘orang pekak’ sangat penting dalam perjalanan kita menuju kejayaan. Sepanjang jalan itu sudah tentu ramai yang meragui kebolehan, ingin menjatuhkan, dan mengeluarkan kata-kata negatif agar kita berhenti. Itu lumrah. Jalan kejayaan memang pahit. Namun jika kita mengambil konsep ‘orang pekak’ ini, pasti kita boleh capai impian kita.

Abaikan kata-kata tohmahan, kutukan dan kecaman. Jangan biar ia masuk ke dalam telinga hingga jatuh melekat dalam hati dan minda. Kerana kata-kata itu jauh lebih tajam dari belati.

Ketika kita masih belum berjaya memang ada orang akan menganggap kita gila. Tapi selepas kejayaan demi kejayaan diraih, mereka akan mula memuji kita genius. Akhirnya kita menjadi ikutan dan contoh.

FASOBRUN JAMIL

Allah swt bukan sahaja menyuruh kita bersabar dengan ujian. Tetapi bersabar dengan indah. Bergembira dan redha dengan dugaan sepanjang perjalanan. Orang yang bersabar dengan indah dijanjikan ganjaran yang hebat di sana kelak. Dan InsyaAllah kejayaan di dunia juga akan menjadi miliknya.

Semoga coretan ini dapat memberi sedikit semangat buat anda yang sedang diuji dengan cakap-cakap orang. Sabar, tenang dan jalan terus, okay!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge