Tips Kurangkan Berat Badan Secara Konsisten Tanpa Berlapar

Nak kurus cepat? Jangan. Bila anda kurangkan berat badan dengan cepat, anda sebenarnya kehilangan glikogen (atau karbohidrat) dan air. Bukan lemak seperti yang sepatutnya. Bila anda berlapar, automatik badan menghantar isyarat kepada otak anda sedang kebuluran dan metabolisma akan terus menurun, sekaligus merencatkan proses bakar lemak. Cara paling bagus untuk kurangkan berat badan dan kekal konsisten dengan penurunan itu adalah, amalkan tips berikut :

  • Jangan Terus Elak Makanan, Tapi Cari Pengganti

Contoh paling mudah-nasi. Ramai skip makan nasi sebab nak kurus. Jangan elak terus nasi, tapi cuba cari pengganti yang lebih sihat, kenyang tapi kurang kalori. Contohnya, oats, quinoa, protein shake dan lain-lain.

  • Air Kosong Sebagai Peneman

Air kosong mainkan peranan yang sangat besar dalam proses kurangkan berat badan. Air bergula sebolehnya segelas sahaja sehari, kalau boleh elak lebih bagus. Memang betul badan perlukan gula sebagai tenaga. Tapi makanlah gula dari sumber semulajadi seperti buah-buahan. Elakkan gula tambahan ya. Itu musuh utama berat susah nak turun.

  • Mula Perlahan dan Berperingkat

Elakkan perubahan dari segi diet harian dan senaman secara drastik. Tubuh badan akan terkejut dengan perubahan yang tiba-tiba. Rileks dan mulakan perlahan-perlahan. Kalau dulu makan nasi bertambah, cuba jangan tambah. Kalau makan sepinggan penuh, cuba kurangkan jadi 3/4 saja. Kalau dulu tak makan sayur, cuba makan sikit. Macam tu lah konsep dia.

  • Makan Sekadar Perlu

Ya ini memang lah sukar. Inilah punca berat badan berlebihan, sebab terlebih makan (terlebih kalori) yang mana ia tersimpan sebagai lemak di dalam badan. Cuba amalkan minum air kososng segelas setengah jam sebelum makan, makan sedikit buah dan jamah sayuran dahulu. InsyaAllah nasi separuh pinggan pun dah terasa kenyang. Tak perlu tambah nasi pun.

  • Go easy on Yourself

Ala jangan diseksa badan tu. Kalau teringin nak makan something yang unhealthy macam ais krim ke, pisang goreng ke, kek ke tak apa. Makan lah. Jangan disekat sepenuhnya. Gunakan konsep 80:20 yang mana pastikan 80% makanan kita yang sihat-sihat belaka, lagi 20% boleh la nak cheat sikit. Kalau kita jaga 80% tu betul-betul, yang 20% cheat tu tak ganggu sangat pun pada proses turun berat.

  • Fokus Sihat Bukan Kurus

Haa walaupun tujuan asal memang nak kuruskan badan, tapi cuba tukar mindset dari hari pertama ‘AKU NAK SIHAT’ sebab kalau kita fokus pada nak sihat nanti kurus tu akan datang sekali. Kalau anda betul-betul tekad nak kurangkan berat, lama-lama nanti mesti akan setuju dengan saya yang objektif nak sihat tu lebih seronok berbanding nak kurus. 🙂

  • Emosi dan Motivasi

Mungkin pada awalnya akan ada sedikit gangguan emosi. Contohnya bila mula kurangkan gula dan minuman berkafein, badan rasa tak sedap, macam nak marah, stress dan sebagainya. Itu simptom sugar or caffein withdrawal. Tak apa, memang normal. Sebab tu dekat atas tadi dinasihatkan jangan buat perubahan drastik. Motivasi juga penting untuk kekalkan momentum dan semangat. Cuba cari kawan yang ada objektif yang sama. Buat ramai-ramai lebih enjoy berbanding sorang.

Itu saja perkongsian saya untuk sesiapa yang bercadang nak turunkan berat badan. Harapnya sedikit tips ini dapat lah membantu untuk anda bermula. All the best!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge