7 Tips Kulit Sihat dan Cantik yang Paling Mudah

Kulit sihat dan cantik memang impian setiap wanita. Asalkan ada yang share tips, terus kita ‘save post’. Tapi, buatnya belum tentu kan? Sini saya kongsi 7 tips kulit sihat dan cantik yang paling mudah untuk dibuat.

7 Tips Kulit Sihat & Cantik

1. Minum Air Kosong Secukupnya. 

Rule of thumb untuk keperluan air kosong untuk setiap orang adalah 1 Liter untuk setiap 25 kg berat badan. Maka kalau 50 kg perlu minum 2 Liter air setiap hari. Air kosong sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulit yang lembap akan sentiasa nampak segar dan sihat. DAN, jauhilah air manis, air bergas dan yang sewaktu dengannya. Gula, selain boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik ia juga adalah punca kulit kering, kusam dan nampak tua.

2. Makan Buah dan Sayur

Tips cliche tapi inilah yang diamalkan oleh mereka yang mempunyai kulit cantik. Pemakanan yang sihat menjamin kulit yang sihat juga. Buah epal mampu membuatkan kulit wajah kelihatan segar dan glowing dan juga menghalang kulit kusam. Buah pisang pula bertindak membuang sel kulit mati dan mengurangkan kedutan. Buah oren pula kaya dengan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk memperbaiki sel kulit. Tomato juga mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kulit. Selain tinggi anti-oksida dan memiliki ciri-ciri anti-penuaan, tomato membentuk perlindungan semulajadi terhadap sinaran matahari, membantu mengecilkan liang pori dan menghalang pembentukan jerawat. Saya ada seorang kawan yang konsisten buat masker tomato setiap minggu dan kulit dia sememangnya fuhhh licin macam kulit telur!

Sayuran pula, amalkan brokoli dan bayam. Brokoli sama seperti buah oren, kaya dengan Vitamin C yang membantu pembentukan kolagen semulajadi dalam tubuh. Bayam juga mengandungi anti-oksida yang tinggi yang menghalang kedutan di wajah. Ia juga berfungsi sebagai anti-radang yang membantu mengingkirkan toksin dari tubuh badan dan seterusnya membuatkan kulit tampak lebih sihat dan bersih. Lobak merah pula dikenali dengan kandungan beta carotene yang tinggi yang mana apabila dimakan tubuh akan memproses beta carotene tersebut kepada Vitamin A. Selain bagus untuk mata, lobak merah sangat berkhasiat untuk kulit sihat dan cantik.

3. Pencuci Muka yang Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Okay ini tips yang sangat penting. Tahu tak banyak sangat pencuci muka yang ada di pasaran sebenarnya mengandungi bahan kimia berbahaya yang tak sepatutnya ada. Hydroquinone, merkuri dan paraben antara bahan kimia yang sering digunakan dalam produk kecantikan untuk mendapatkan kesan pantas tetapi berisiko tinggi. Contohnya penggunaan produk yang mengandungi merkuri secara berpanjangan berpotensi menyebabkan kegagalan ginjal, gangguan mental (anxiety) dan juga masalah radang kulit yang meninggalkan parut. Ngeri kan? Jadi, pastikan pilih pencuci muka yang selamat dari bahan kimi berbahaya ini. Juga amalkan scrub muka seminggu 2-3 kali untuk menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati dengan lebih berkesan. Untuk kulit sihat dan cantik, saya gunakan pencuci muka Nutriwhite Deep Foam Cleanser dan scrub St Ives, jenama yang diyakini selamat dari bahan kimia berbahaya. Cuci muka 2 kali sehari dah cukup.

4. Lindungi Kulit dari Sinar UV dan Penghawa Dingin

Masa yang paling genting adalah antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini, membiarkan kulit terdedah di bawah sinaran matahari menyebabkan kelembapan hilang, masalah jeragat dan menggalakkan kedutan di wajah. Lebih teruk lagi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. Sinar matahari hanya bagus ketika awal pagi sahaja. Sekiranya anda terpaksa berpanas dalam tempoh yang agak lama, pastikan kulit anda dioles dengan foundation yang sesuai. Saya sendiri sentiasa memastikan kulit muka disapu nipis dengan foundation SPF50 (brand OhMostWantedLook) untuk mengurangkan kesan sunburn dan juga face oil (brand purebysafiyyahosman) untuk pastikan kulit sentiasa lembap ketika bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Penghawa dingin membuatkan kulit kering dan gatal, dan menggalakkan kemunculan garis penuaan. Jadi, saya atasi masalah ini dengan face oil.

5. Segarkan Wajah dengan Ketulan Ais

Betul anda tak salah baca. Ketulan ais merupakan satu kaedah yang murah dan mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Amalkan ketika bangun pagi dan juga sebelum tidur. Caranya mudah saja, ambil seketul ais batu balutkan dengan kain dan golekkan saja ais tersebut di seluruh muka sehingga terasa kulit muka sejuk seluruhnya. Antara manfaat ais batu untuk kulit muka termasuklah melancarkan peredaran darah dan seterusnya menjadikan wajah nampak lebih segar dan sihat. Ia juga membantu mengecutkan jerawat dengan segera, mengecilkan liang pori dan mengurangkan kesan sembap selepas bangun tidur. Amazing kan? Saya pun dah mula amalkan dan memang kulit rasa lebih segar. Nak lagi best, blend tomato tanpa air dan jadikan ais kiub. Bila dah keras, boleh guna ais kiub tomato sapu di muka dan biarkan kering kemudian bilas bersih. InsyaAllah hasil dia tiptop.

6.  Sentiasa Positif, Elakkan Stress

Apa yang ada di dalam hati, itu yang terzahir di wajah. Mak saya selalu pesan badan yang sihat datang dari hati yang sejahtera. Saya sangat setuju dengan Mak. Kalau kita sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan gembira selalu potensi untuk merasa stress amatlah nipis. Stress hanya akan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula tumbuh dengan cepat. Selain itu, tidur yang cukup juga membantu sel kulit mendapat rehat yang diperlukan dan bekerja dengan lebih efektif untuk pembentukan kolagen. Kolagen berfungsi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik.

7. Vitamin Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Last but never least. Vitamin sangat penting untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit agar sihat dan cantik. Vitamin yang paling sinonim dengan kulit adalah Vitamin C. Ia membantu proses pembentukan kolagen. Kolagen diperlukan dalam memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik. Untuk pengetahuan semua, tubuh badan kita tidak mampu menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil Vitamin C untuk keperluan tubuh terutamanya kulit melalui pemakanan harian dan juga suplemen. Amalkan secara konsisten setiap hari dan anda akan lihat kesannya terhadap kulit anda. Namun pastikan vitamin yang anda pilih adalah selamat dan berkesan, sepertimana yang saya amalkan selama lebih 2 tahun ini. Vitamin ini juga saya gunakan sebagai masker seminggu sekali. Nah, jimat tak perlu lagi membuat rawatan di spa.

Kesemua 7 tips di atas merupakan amalan harian saya untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik dengan mudah. Saya tak pandai pakai make up tebal apatah lagi mengunjungi spa untuk rawatan wajah. Cukup 7 cara ini sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi secara percuma dan Vitamin untuk kulit sihat dan cantik, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu 🙂

SAFIAH ADIBAH – 016.333.4945

www.wasap.my/60163334945

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge