Tips Buat Video Youtube Untuk Beginners

Sekarang ramai dah mula buat video Youtube termasuklah artis-artis, masing-masing ada Channel sendiri. Instafamous, artis atau selebriti memang mudah saja nak kumpul ramai Subscribers sebab dah memang terkenal dan ada nama. Tambahan pula kalau memang aktif di Instagram. Cuma perlu share sneak peek video ramai lah follower subscribe nanti.

Tapi kalau kita yang bukan artis ni macam mana? Tak apa. Kita pun boleh dapat ramai subscribers cuma mungkin ambil masa sikit. Ini tips buat video Youtube untuk beginner. yang buat penonton setia tengok sampai habis. Bila orang suka tengok laju lah diorang tekan butang subscribe.

1. Audio – Pastikan audio jelas. Invest sikit untuk beli microphone atau guna earphone saja pun ok. Asalkan suara kita jelas.

2. Latar belakang – Sebolehnya latar belakang/dinding yang kosong. Kalau tak kosong biar kemas. Contoh ada rak buku ke biar tersusun kemas. Nak cantik biar duduk atas kerusi/sofa single, ada pokok hiasan dekat tepi dah cun.

3. Pencahayaan – Ini sangat penting! Penonton nak tengok muka kita dengan jelas. Kalau gelap suram cepat-cepat diorang tekan butang stop sebab tak menarik. The best semestinya natural lighting. Kalau tak sila invest beli ring light. Murah je.

4. Setting Handphone – Ramai yang record video guna handphone je kan? Cuma biasanya pusingkan handphone jadi horizontal (melintang) untuk video-video yang serius.

5. Content – Ok kalau point 1-4 dah tip top jangan sia-siakan video dengan content yang membosankan. Tajuk, content biar straightforward. Jangan meleret-leret kalau ada banyak benda nak disampaikan. Melainkan buat video santai atau spontan.

Ada lagi tips-tips teknikal yang lain. Tapi 5 ini tips asas. Cuba rekod dan upload video/vlog secara konsisten seminggu 1 video nanti makin ramai subscribe. Jangan tunggu perfect baru nak mula tapi mula dulu buat sampai perfect ok!

All the best.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge