teh hijau hilangkan jerawat

Teh Hijau Hilangkan Jerawat – Fakta ke Auta?

Teh hijau merupakan minuman yang paling berkhasiat di dunia. Fakta itu memang ramai dah tahu. Tapi, ada satu khasiat teh hijau yang ramai tak tahu. Teh hijau hilangkan jerawat. Haaa nak tau fakta ke auta, jom baca perkongsian ringkas saya.

10 KHASIAT TEH HIJAU

  1. Teh hijau mengandungi sebatian (bahan) bioaktif yang terbukti memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Ia mengandungi polifenol seperti flavonoid dan catechins, yang berfungsi sebagai anti oksidan yang kuat.
  2. Bahan yang ada dalam teh hijau mampu memperbaiki fungsi otak dan menjadikan si penggemar teh hijau lebih bijak. Kafein dan asid amino L-theanin adalah kombinasi terbaik yang membantu meningkatkan fungsi neuron dalam otak. Sebab tu rata-rata yang suka minum teh hijau ni bijak orangnya hehehe…termasukla awak yang membaca ni…
  3. Membantu membakar lemak dengan cepat & meningkatkan tahap metabolisma. Pehhh patut la saya maintain je kurus dari zaman sekolah lagi…sebab suka minum teh hijau rupanya… 🙂
  4. Anti oksidan dalam teh hijau menurunkan risiko pelbagai jenis penyakit kanser. Kajian menunjukkan wanita yang gemarkan teh hijau mempunyai 22% risiko lebih rendah mendapat kanser payudara. Manakala bagi lelaki pula, 48% risiko lebih rendah mendapat kanser prostat. Hebat kan ciptaan Tuhan?
  5. Selari dengan peningkatan usia, teh hijau membantu melindungi otak dari penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ini kerana, kafein dan L-theanine membantu meningkatkan fungsi neuron dalam otak.
  6. Pernah tengok green tea mouthwash? Catechins dalam teh hijau bertindak membunuh bakteria streptococcus mutans (punca plak dan kaviti) dan mengurangkan jangkitan dalam mulut. Nafas pun berbau segarrrr je…best!
  7. Okay ini penting. Teh hijau mengurangkan risiko Diabetes tahap II sebanyak 42%. Macam mana tu? Dengan cara meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula dan menurunkan paras gula dalam darah.
  8. Teh hijau juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk penyakit berkaitan jantung dan strok. Ia membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan melindunginya dari teroksida.
  9. Untuk mereka yang nak turunkan berat badan, teh hijau adalah pilihan tepat kerana ia sangat membantu menaikkan metabolisma dan membakar lemak terutama di bahagian abdomen

BAGAIMANA TEH HIJAU HILANGKAN JERAWAT

Kalau kita perasan, ada banyak skincare yang guna teh hijau sebagai bahan penting dalam produk. Contohnya Cosmoderm, Aiken, Body Shop, St Ives, Oxy etc. semua ni pakai ekstrak teh hijau sebab teh hijau sangat efektif menghilangkan jerawat.

Kita sedia tahu jerawat terjadi disebabkan oleh banyak punca. Namun, punca utama jerawat adalah keradangan (inflammation) dan bakteria Propionibacterium acnes. 

Teh hijau, seperti yang diterangkan di atas, merupakan anti oksidan yang sangat kuat. Kandungan polifenolnya bertindak menghapuskan bakteria P. acnes dan sekaligus mengurangkan keradangan dalam tubuh. Bila bakteria tiada, keradangan pulak menurun, automatik jerawat susah nak tumbuh.

teh hijau hilangkan jerawat 1

Selain itu, teh hijau juga membantu mengurangkan penghasilan sebum (minyak pada liang pori – refer gambar di atas), mengurangkan paras gula dalam darah (gula tinggi punca jerawat makin teruk) dan meningkatkan sistem imun kita. Nah, memang tak hairan la teh hijau hilangkan jerawat!

TAPI AWAS!!! 

  1. Pakar nutrisi sarankan untuk pilih teh hijau YANG BERKUALITI TINGGI SAHAJA kerana teh hijau yang berkualiti rendah mungkin mempunyai kadar florida yang berlebihan.  
  2. Anti oksidan di dalam teh hijau tidak berkesan sekiranya minuman tersebut di campur dengan susu dan gula. Teh hijau dan susu/gula adalah tidak sesuai untuk hilangkan jerawat.

teh hijau hilangkan jerawat

TEH HIJAU ISTIMEWA JENAMA SHAKLEE

Shaklee jenama makanan tambahan yang terkenal di seluruh dunia. Produk yang dihasilkan melepasi beratus-ratus ujian klinikal, organik, bebas GMO, di jamin HALAL dan paling penting selamat & berkesan. Cinch Tea adalah salah produk yang boleh membantu hilangkan jerawat. Berikut adalah kandungan dan fungsi Cinch Tea Shaklee. Bukan sekadar teh hijau biasa-biasa.

teh hijau hilangkan jerawat

i) Matcha Green Tea
Kaya dengan anti oksida
Energy booster
Meningkatkan metabolisme 
Membakar kalori 4x lebih berkesan

ii) Taurina
Meningkatkan metabolisme 
Energy booster
Bantu melarutkan lemak
Bantu membina otot tanpa lemak

iii) White Tea
Membakar lemak berlebihan
Menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
Meningkatkan metabolisme
Mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau 

iv) Rooibos Red Tea
Tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
Melarutkan lemak
Meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
Agen detoks yang kuat

v) Red Tea
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol 
Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
Merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Cinch Tea Shaklee sememangnya lebih dari sekadar teh biasa. Gabungan hebat kesemua bahan di atas menyebabkan ianya adalah pilihan minuman terbaik teh hijau hilangkan jerawat.

Hubungi saya untuk dapatkan sekarang suplemen Shaklee sebagai sokongan cara berkesan hilangkan jerawat. Yang pastinya berkesan 🙂

teh hijau hilangkan jerawat

SAFIAH ADIBAH

Klik Sini >> 016-3334945

PENGEDAR SAH SHAKLEE BANDAR PUTERA, KLANG, SHAH ALAM, PUCHONG PERMAI, IPOH & KUALA KURAU.

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA.

 


Rujukan:

https://www.healthline.com/nutrition/top-10-evidence-based-health-benefits-of-green-tea#section3

https://www.webmd.com/beauty/news/20000817/green-tea-could-be-good-for-your-skin-study-finds#1

https://www.rd.com/health/healthy-eating/benefits-green-tea/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge