Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C Dalam Badan Wajib Baca!

Di musim pandemic ini, semakin ramai yang sedar akan kepentingan Vitamin C bukan saja untuk menguatkan system imun dan mencegah dari dijangkiti virus serta bakteria, tapi ada banyak lagi fungsi lain. Macam mana nak tahu jika tubuh kita dah cukup Vitamin C atau tak? Ini 10 tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam badan yang biasa dilihat.

  1. Kerap atau Senang Demam/Selsema

Pertama sekali kekurangan Vitamin C boleh dilihat dari tahap kesihatan system imun. Kalau dududk dengan orang sakit, adakah kita mudah terjangkit sama? Kalau ya, itu tandanya sistem imun lemah. Jadi makanlah Vitamin C untuk boost imun.

  1. Demam/Selsema Lambat Baik

Dah la senang terjangkit, nak sembuh pun lambat. Ini tanda kekurangan Vitamin C yang paling ketara. Kajian menunjukkan Vitamin C bantu kurangkan tempoh demam dan selsema. Jadi kalau demam boleh makan extra sikit Vitamin C tu.

  1. Kulit Kering, Kusam dan Kasar

Vitamin C memang terkenal untuk kulit cantik. Siapa yang rajin dan konsisten makan Vitamin C setiap hari akan Nampak beza kulit makin glowing, halus dan nampak fresh. Tak perlu make up tebal. Kulit yang sihat ada banyak Vitamin C dibawahnya.  Ia menggalakkan penghasilan kolagen buatkan kulit jadi anjal dan muda.

  1. Rambut Rapuh dan Mudah Gugur

Folikel rambut pada kulit kepala mempunyai banyak salur darah yang halus-halus yang berfungsi mengangkut oksigen dan nutrien. Kekurangan Vitamin C menyebabkan salur darah ini menjadi lemah dan mudah pecah. Jadi kurang oksigen dan nutrient dibawa kepada rambut menyebabkan rambut rapuh dan mudah gugur.

  1. Mudah Lebam di Permukaan Kulit

Kalau ikut cerita orang lama, lebam dekat kulit sebab kena gigit hantu kan hihihi. Tapi dari segi sains, lebam tu jadi sebab kulit tak cukup Vitamin C lah. Sebab tu salur darah di bawah permukaan kulit mudah pecah dan terhasil lah lebam hitam kebiruan itu.

  1. Luka Lambat Sembuh

Lama betul luka nak baik. Tak kisah luka apa, terhiris pisau ke, tersagat jalan ke, luka picit jerawat ke atau luka di hati siapa yang tahu. Eh sorry merapu. Vitamin C diperlukan untuk membentuk jaringan sel kulit baru. Dan cepatkan proses kulit baru tumbuh tanpa parut. Haa menarik kan?

  1. Gusi Kerap Berdarah

Dulu masa sekolah memang selalu kan kita gosok gigi gusi berdarah? Haa ada juga orang dewasa yang masih berdarah gusi. Ini memang tanda jelas badan kurang Vitamin C. Tisu gusi lemah dan salur darah mudah pecah.

  1. Cepat Penat dan Moody

Ini tanda paling senang. Kalau kerap penat walaupun tak buat kerja berat dan rasa nak marah sepanjang masa cepat-cepat telan Vitamin C dan rehat. Nanti akan rasa lebih baik InsyaAllah.

  1. Sering Sakit Sendi

Sendi adalah bahagian yang mengandungi banyak tisu kolagen. Kekurangan Vitamin C menyebabkan kolagen kurang dihasilkan. Paling teruk, sendi akan bengkak dan boleh berlaku pendarahan dalaman pada sendi.

  1. Struktur Tulang yang Lemah

Kekurangan Vitamin C juga boleh mengganggu kesihatan tulang terutamanya pada kanak-kanak yang sedang membesar. Kajian menunjukkan Vitamin C sangat penting untuk proses pembentukan tulang. Jadi kalau jatuh sikit dah patah atau retak tulang mungkin bukan saja tak cukup Kalsium tapi Vitamin C juga.

 

Banyak kan fungsi vitamin C ni? Jadi jangan lupa makan Vitamin C setiap hari. 1 tablet Sustained Release Vita-C Plus boleh bekalkan 100mg Vitamin C setiap jam selama 5 jam. Cukup untuk keperluan orang dewasa. Nak dapat harga murah? Hubungi saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge