Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam – Tempat Best Untuk Riadah

Bila PKPB mengizinkan sukan-sukan tertentu boleh dilakukan, ramai yang teruja termasuklah Diba. Tapi nak joging pun kena jaga jarak tak boleh lari dalam kumpulan. Walaupun excited nak lari semula tapi hati tetap risau. Jadi kami pusing sekitar Shah Alam cari taman yang kurang pengunjung.

Alhamdulillah jumpa! Taman Lembah Bukit SUK namanya. Tempatnya tak besar sangat tapi tak juga kecil. Bersih, penuh dengan kehijauan, ada kawasan membukit, boleh joging dan juga beriadah dengan keluarga.

Masa kami sampai ada beberapa orang buat photoshoot. Memang tempatnya cantik sesuai untuk bergambar.

Cantik kan tempat dia?

Yang penting tak ramai orang sangat. Rasanya sebab parking lot pun tak banyak itu sebab tak ramai. Taman ni betul-betul sebelah dengan Mahkamah Shah Alam. Simpang nak masuk taman ni macam tersorok sikit kalau laju memang terlepas. Oh toilet pun ada.

So kalau korang cari tempat riadah baru selain Taman Tasik Shah Alam boleh lah cuba datang sini. 😊

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge