Tak Guna Pakai Topeng Muka Kalau Tak Amalkan Perkara Ini

Seluruh dunia panik bila dapat tahu tentang Covid-19 atau Corona Virus sampaikan terpaksa pakai topeng muka bila keluar ke tempat awam dan tempat berisiko. Tapi, tahukah anda, tak guna pakai topeng muka kalau tak amalkan satu perkara ini.

Menurut WHO (World Health Organization), cara pemakaian topeng muka perlu betul supaya ia dapat melindungi pemakai dari terkena jangkitan virus. Jika salah cara pakai, topeng muka boleh jadi pembawa virus! Dari nak lindung diri terus dapat virus pulak.

Tonton video ini untuk cara pakai face mask (topeng muka jenis surgical mask) yang betul. Ini satu-satunya cara yang betul.

BUAT INI SELAIN PAKAI TOPENG MUKA

WHO tekankan selain pakai topeng muka perkara yang PALING PENTING untuk diamalkan adalah SENTIASA BERSIHKAN TANGAN & GUNA SANITIZER.

Penggunaan topeng muka tidak berkesan jika tangan tak bersih dan kerap pula sentuh permukaan luar topeng muka. Jadi sekali dah pakai, jangan pegang-pegang lagi dah topeng muka tu.

1. Cuci tangan bersih-bersih sebelum pakai topeng muka. Kalau boleh guna sabun anti-bakteria.

2. Pastikan tutup bahagian hidung hingga ke dagu. Jangan longgar ye biar terletak elok rapat ke muka.

3. Jangan pegang-pegang dah mask tu. Kalau ada pegang kena basuh tangan semula.

4. Ganti mask baru bila dah mula lembap dan jangan pakai semula! Sekali pakai terus buang.

5. Buang mask ke dalam tong sampah tertutup dan terus bersihkan tangan. Jangan sentuh bahagian luar mask.

Jelas kan etika yang betul ila pakai topeng muka. Ikut langkah-langkah ini ya, supaya topeng muka yang dipakai tu betul-betul berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan virus. Jangan salah pakai nanti lain jadinya.

Take care semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge