perlu suplemen atau tidak

Suplemen : 5 Sebab Kenapa Kita Perlukannya

Banyak pandangan positif dan negatif tentang suplemen yang kita dengar. Sama ada ia datang dari pengguna, penjual, para pegawai kesihatan, dietitian, pakar nutrisi dan lain-lain lagi. Semua pihak ada pendapat masing-masing. Apa pula pendapat saya? Jawapan saya adalah YA dan TIDAK. Eh macam mana tu? Mana satu pendirian saya sebenarnya.

YA, kita semua perlukan suplemen sekiranya mengalami 5 keadaan di bawah :

  1. Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan. Contohnya, asap rokok, asap kenderaan, pembakaran terbuka, bahan toksik dari kilang dan sebagainya. Kita mungkin tak sedar tapi semua ini ada di dalam udara yang kita sedut setiap hari.
  2. Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient dan dalam keadaan tertentu. Dan nutrient tersebut hanya boleh didapati dari makanan harian. Contohnya ibu hamil, mereka yang alergik, kerap demam, nak tingkatkan metabolisma dan sebagainya.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran kebanyakannya terjejas kerana penggunaan racun serangga dan bahan kimia lain, serta banyak yang diubah genetik (GMO). Betul, jumlahnya hanya sedikit tetapi sikit-sikit lama-kelamaan ia terkumpul dalam badan dan memudaratkan kesihatan.
  4. Kadar nutrisi vitamin dan mineral dari buah dan sayur pada zaman ini semakin berkurang. Kerana keadaan tanah dah tak sama macam dahulu. Tambahan lagi jika diimport, buah biasanya dipetik di usia muda sebelum matang dan kandungan nutrisi belum optimum.
  5. Kehilangan nutrient dalam makanan terutamanya yang dimasak di restoren kerana cara masakan. Terlalu berminyak, masak dengan api besar kerana nak cepat dan kandungan garam/msg yang tinggi.

Dan jawapan TIDAK sekiranya kita langsung tidak berhadapan dengan mana-mana keadaan di atas. Kehidupan yang sangat ideal tiada pencemaran, udara yang segar, makanan semunya organik dan ditanam sendiri, tidak stress atau penat. Saya percaya mungkin kehidupan ideal ini boleh dikecapi di kawasan luar bandar. Mereka yang tinggal di bandar tidak berpeluang merasai kehidupan ini.

Oleh itu, anda buatlah penilaian sendiri. Kerana anda lebih tahu kehidupa jenis apa yang anda jalani setiap hari. Dan adakah anda memerlukan suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi. Semuanya terpulang kepada penilaian masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge