Suka Makan Buah dan Sayur? Baca Respon Doktor Ini!

Biasa kan kita dengar nak sihat kena lebihkan makan buah dan sayur? Dan, kalau dah makan buah dan sayur tu tak perlulah sibuk nak beli vitamin pulak! Pun biasa dengar kan?

Tapi doktor ini bongkarkan hakikat sebenar khasiat yang sepatutnya ada pada buah dan sayur zaman sekarang dah tak sama langsung dengan zaman dahulu. Contoh mudah, kalau dulu makan epal sebiji dah dapat khasiat sebiji epal, tapi sekarang kena makan 5 biji epal baru dapat khasiat yang sama macam sebiji epal 50 tahun dulu.

Kenapa jadi macam ni??

MASALAH BUAH DAN SAYUR ZAMAN MODEN

 

Tanaman mendapat sumber zat dan mineral daripada tanah.Menurut perkongsian Dr Mizam Baha di wall Facebook beliau, keadaan tanah ketika ini sudah tak sama macam dulu. Pencemaran, penggunaan bahan kimia, genetik tanaman yang diubah, faktor import eksport dan sebagainya menyebabkan kadar zat dan mineral menurun sedikit demi sedikit.

Jadi Dr Mizam cadang alternatif lain untuk pastikan kita makan sayur dan buah yang sememangnya tinggi zat,

  • Tanam sendiri tanpa guna racun perosak
  • Beli dari penjual yang dikenali dan tahu asal usul tanaman
  • Makan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang tak dapat dari buah dan sayur

Lihat saja graf kajian di atas, kandungan kalsium, magnesium dan zat besi di dalam sayur kobis, salad lettuce, tomato dan bayam telah menurun sebanyak 80-90% antara tahun 1914 hingga 2018. Jika nak dapat khasiat penuh yang sama macam tahun 1914 kena makan SANGAT BANYAK buah dan sayur.

ALTERNATIF MUDAH CUKUPKAN NUTRISI SAYUR DAN BUAH

Makan sahaja buah yang ada di pasaran sekarang, sama ada organik atau tidak. Jika anda mampu tanam sendiri, jauh lebih bagus. Tapi kalau tak mampu nak tanam, ada cara yang lebih mudah. Amalkan pengambilan makanan tambahan TERUTAMA sekali Multi-vitamin, Vitamin C dan Vitamin B. Ini adalah vitamin asas untuk sihat.

Saya sendiri amalkan gaya hidup sihat, bersenam dengan kerap setiap minggu dan jaga pemakanan. Di samping buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh setiap tahun. Alhamdulillah selama 3 tahun konsisten gaya hidup sihat dan dibantu dengan vitamin-vitamin semulajadi tahap kesihatan sangat baik. Dan jarang sekali jatuh sakit demam selsema atau terkena jangkitan.

Semoga perkongsian Dr Mizan membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih bijak demi menjaga kesihatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge