Seminar Imej 360 Bantu Wanita Bina Keyakinan Diri

Alhamdulillah! Hari Sabtu lepas Diba buat keputusan untuk hadir ke Seminar Imej 360 yang dianjurkan oleh Guru Imej professional Puan Mary Anni. Seminar ini khas untuk membantu para wanita bina keyakinan diri dengan mempelajari ilmu tatarias, penjagaan kulit, self branding dan juga teknik komunikasi. Dengan bayaran hanya RM50 Diba dapat pelbagai ilmu baru, dengan tema #TheNewYou.

Ikut kata Puan Mary, cantik itu subjektif. Bukan hanya kurus baru cantik, bukan hanya putih baru cantik, bukan hanya kaya baru boleh cantik dan bukan hanya barang mahal baru nampak cantik. Tapi orang yang cantik bermula dengan menjadi RAJIN. Iya hanya perlu jadi rajin untuk kelihatan cantik, kemas, bergaya dan elegan. Dari situ juga keyakinan diri semakin tinggi.

Ada 4 topik utama yang disampaikan :

Gaya dan Penampilan Diri Yang Baru

  • Diajar 5 elemen gaya untuk bertukar jadi wanita elegan
  • 3 perubahan serta merta yang boleh dibuat terus
  • Teknik urus pakaian agar tampil bergaya sentiasa

Dalam topik ini, antara perkara yang paling menarik adalah, tentang mengenali style personality diri sendiri. Diba seorang yang berpersonaliti ‘natural’. Bagaimana seorang natural harus berpakaian? Haaa kena datang seminar ini baru tahu. Kemudian ada juga diajar tentang warna dan aksesori yang bersesuaian dengan karakter. Memang sangat best!

Penjagaan Kulit Yang Betul

  • Rutin asas untuk kulit sihat
  • Rahsia dan hasil di sebalik #misikulitkorea yang Puan Mary amalkan

Diba sangat teruja nak cuba juga kaedah penjagaan kulit ala wanita Korea yang famous tu. Ia mempunyai 10 langkah dan Puan Mary jelaskan setiap langkah yang perlu dibuat. Skincare tak kisah jenama apa – Diba dah tentu pilih skincare terbaik dekat Malaysia ni iaitu Youth Skincare yang terbukti berkesan untuk merawat kulit bermasalah.

Lagi 2 topik kalau nak tahu sila hadir sendiri okay. Hehehe…next seminar tahun depan bulan Mac 2020 kalau tak salah.

Tips Menang Hadiah Best

Ohh ini memang di luar jangkaan! Awal-awal lagi emcee dah announce ada banyak hadiah dari Puan Mary punya produk (buku kamus kulit, colour nation, harmonyzr, skin tone finder) dan juga hadiah dari penaja. Semua orang excited nak menang hadiah. Syarat dia senang saja. Jawab soalan. Soalan pun senang sangat.

Tapi yang mencabar adalah kena pastikan meja kita dipilih untuk menjawab soalan tersebut. Dah semua orang angkat tangan kan. Kena la jadi outstanding sikit baru Puan Mary nampak dan pilih meja kita dalam ramai-ramai tu. Idea salah seorang ahli meja kami – berdiri atas kerusi memang menjadi! Alhamdulillah rezeki kami semua ahli meja seramai 8 orang dapat hadiah set lengkap produk Puan Mary. Meningkat terus keyakinan diri kami lepas menang hahaha..

Bina Keyakinan Diri Dengan Seminar Imej 360

Akhir kata, wanita hanya boleh berubah menjadi lebih elegan, cantik dan dihormati dengan adanya ilmu dan rajin mengamalkan ilmu tersebut. Tak kira siapa, latar belakang, berat badan, warna kulit bekerja atau tidak, semua waita layak untuk menjadi seorang yang cantik elegan dengan ilmu yang betul. Kenali dan sayangi diri sendiri barulah lebih yakin berdepan dengan sesiapa atau apa jua situasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge