Sebenarnya Vitamin Untuk Apa dan Siapa?

“Kau sakit ke?”

Soal my colleague bila nampak Diba makan beberapa jenis vitamin.

“Eh tak lah. Kenapa tanya macam tu”

“Tu makan kemain banyak ubat”

Aishhh! Tak boleh jadi. Kena explain ni.
Diba pun cerita lah vitamin ni bukan ubat. Dia pelengkap kepada makanan harian yang kita makan. Sebab makanan sekarang nutrition value dah merosot. Tanah dah kekurangan zat, penggunaan racun serangga, buah dipetik muda, genetic makanan diubahsuai, Belum kira lagi makanan yang diproses sampai hilang dah nutrisi asal.

“Ooo, tapi aku tak makan tu sihat je”

Ini statement biasa. Alhamdulillah lah sihat tu. Muda pun lagi.

Diba, makan vitamin sebagai prevention. Mencegah. Diba kerja stress. Stress rosakkan sel-sel dalam badan. Increase inflammation. Lama-lama boleh kena macam-macam penyakit. Jadi vitamin bantu kawal stress, repair sel-sel rosak dan turunkan inflammation.

Sebagai immune booster. Penggalak antibodi. Diba ada allergic, to seafood dust etc. Orang allergic ni kena avoid allergens (benda/food yang cause the flare). Sampai mati pun tetap ada allergic itu. Cara untuk kurangkan ia adalah dengan boost immune system. Dia memang wajib double triple dose Vitamin C everyday.

Dan nak improve skin condition juga. Dulu bersukan dari sekolah sampai uni, berpanas tak pernah pakai sunblock. Sel kulit muka ni banyak dah yang rosak. Sebab tu kusam. Bekas parut jerawat zaman remaja pun ada. Kulit berminyak meghelip. Skin tone tak sekata bertompok. Now I can say much much better!

Oh nak kawal berat badan juga. Diba memang tak gemuk. Tapi kalau tak control boleh je jadi gemuk kan? Cukup la pernah cecah 60kg dulu. Lifestyle teruk. Nasi bertambah. Fastfood almost everyday. Jajan penuh dalam laci. Minum jus buah, yogurt konon sihat padahal high sugar. Jogging sebab perasan seluar dah ketat tak boleh zip bukan sebab ada awareness. Ingat senang ke nak ubah mindset & lifestyle? Kalau Diba tak tukar lifestyle confirm sekarang dah overweight.

Punyalah banyak benefits vitamin. So why not gunakan ia untuk bagi kebaikan pada kesihatan diri?

This is my way of taking care of my health. Ada banyak lagi cara lain. You can choose. Yang penting JAGA. Ingat tau, badan kita ni wear and tear. Masa muda memang kita rasa sihat je. Tapi tengok lah nanti masuk 30-an, 40-an, 50-an tak kan sama dah. Kita kalau boleh nak aging gracefully. Tua pun tua lah, janji sihat sejahtera.

Tak semestinya tua KENA sakit kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge