Review Staycation di Dash Box Hotel, Cyberjaya
Sebenarnya dah lama teringin nak menginap di Dash Box Hotel ini. Sebab tengok review semua kata seronok. Tempat cantik dan makan pun sedap. Jadi minggu lepas kami pun buat keputusan untuk staycation 1 malam. Jom kita tengok apa yang best dengan Dash Box Hotel.

Kemudahan Yang Disediakan
Untuk staycation selama 1 malam, memang ok sangat. Sebab tempat dia tak besar mana pun. Ada swimming pool dewasa, pool kanak-kanak, mini gym, tempat bbq dan tempat lepak ramai-ramai.
Paling best, kami request bilik yang betul-betul mengadap swimming pool. Buka saja pintu sliding terus boleh terjun kolam. Haha! Oh dekat sini ada 2 jenis bilik. Satu yang bentuk segitiga tu ada 3 bilik setiapnya. Dan lagi satu jenis kabin. Kalau tak salah bilik air asing.



Pemandangan sekeliling pun cantik sebab banyak sangat pokok-pokok hijau. Sejuk mata memandang. Nak ambil gambar pun banyak sangat port yang instaworthy. Hehe. Jom tengok lagi kawasan sekeliling hotel.

Harga Bilik
Dari segi harga bilik, kami rasa berpatutan lah dengan fasiliti yang disediakan. Harga bilik kami 1 malam RM260+ dan kami masukkan sekali harga untuk breakfast RM45 untuk 2 orang. Jadi total semua dalam RM300+ termasuk breakfast. Oh, sila book guna booking.com untuk dapat harga diskaun. Kalau weekdays harga lebih murah. Kami pergi weekend so harga mahal sedikit.
Makanan
Ok breakfast memang disediakan. Kami ambil pakej sekali breakfast so senang tak payah keluar cari makan pagi.
Tapi yang menarik tentang breakfast dia, kita boleh order semua makanan yang ada dalam menu. Haa pelik kan. Buffet pun ada tapi tak banyak pilihan. So boleh add on order dari menu. Included dalam pakej RM45 tu. Berbaloi sangat. Nak tahu apa menu boleh tengok video ini.
Overall review, kami puas hati dengan staycation dekat sini. Tempat cantik, bilik kemas, makanan not bad, access to pool senang dan paling penting DEKAT dengan rumah haha. Klang ke Cyberjaya hanya 40 minit.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mencari tempat untuk staycation santai di kawasan Lembah Klang. Enjoy!
