Review Makan Malam di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Pertama kali kami makan di Mios Kitchen, husband kata Grilled Chicken Chop dia sedap! Selain menu Western ada juga menu nasi. So bila Mak datang Shah Alam kami decide belanja Mak makan dekat Mios la sebab Mak mesti nak nasi punya.

Setakat ni ada 3 cawangan yang kami tahu. Kinrara, Seksyen 15 dan Seksyen 13. Ok jom tengok menu yang kami order. Ohh air semua order air kosong je pilihan lebih sihat hehehe…

Grilled Chicken Chop 🌟🌟🌟🌟

Grilled Chicken Salad 🌟🌟🌟🌟

Spagetti Steak Pasta 🌟🌟🌟🌟

Spagetti Beef Carbonara 🌟🌟🌟

Cheesy Beef Nachos 🌟🌟🌟🌟

Spagetti Chicken Chop 🌟🌟🌟

Spicy Meatball Ramen 🌟🌟🌟

Nasi Bawal Goreng 🌟🌟🌟

Semua makanan di Mios Kitchenitchen Alhamdulillah sedap la, kena dengan taste kami. Cuma servis di Seksyen 15 agak lambat berbanding Kinrara. Kami tunggu lebih 30 minit. Dan lepas 7 orang dah nak habis makan, baru makanan lagi 2 orang sampai.

Dari segi portion memang puas hati. Banyak dan sangat kenyang. Ini total harga untuk 9 orang makan. Reasonable

Harap review ini membantu korang yang cari tempat makan di Shah Alam. Enjoy!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge