Review Bermalam di Pulai Spring Resort, Johor

Sabtu lepas kami memenuhi jemputan kenduri di Kulai, Johor. Disebabkan perjalanan yang agak jauh, kami decide untuk tidur 1 malam di mana-mana hotel berdekatan. Cari cari kami jumpa satu yang sesuai. Harga berpatutan, tak jauh dari Kulai dan cantik nampaknya.

Kami book Pulai Spring Resort. Cuma 1 malam sahaja untuk berehat sebelum balik semula ke Klang. Tapi sebab resort ini sediakan swimming pool yang cantik, rugi rasanya kalau tak berenang. Pool menghadap kawasan hijau yang sejuk mata memandang. Dapat spend 90 minit mandi pool.

Tapi take note ya, nak mandi wajib pakai swimming suit. Rules agak ketat. Kanak-kanak langsung tak dibenarkan mandi di kolam dewasa. Guard akan tiup wisel kalau nampak.

Bilik pun sangat cantik! Tapi sayang lupa pula nak ambil gambar. Bilik kami ada balkoni dengan pemandangan luar yang sama seperti di kolam renang ini.

Kami orang pertama yang turun mandi kolam ini. Haha! Asalnya nak pergi gym tapi rasa tak rajin pulak. Lepas puas berenang kami naik semula ke bilik bersiap dan turun untuk sarapan. Oh, kolam buka pukul 7 pagi ya.

Menu sarapan yang menyelerakan. Saya pilih menu seperti dalam gambar. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Sarapan disediakan sehingga pukul 10.30 pagi. Selesai sarapan kami naik ke bilik berehat sebelum kemas-kemas untuk check out.

Overall kami berpuas hati dengan servis di Pulai Spring Resort. Harga murah RM169 satu malam termasuk breakfast, pemandangan cantik, kolam besar dan makanan pun sedap!

Harap review ini membantu sesiapa yang bercadang nak bermalam di sini. Enjoy!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge