Resepi Spagetti Udang Lemon Mudah, Cepat dan Sedap

RESEPI SPAGETTI UDANG LEMON

Peminat spagetti wajib cuba resepi spagetti ini. Mudah disediakan, ringkas dan paling penting sedap! Boleh dijadikan hidangan untuk tetamu yang hadir. Resepi asal oleh Khairul Hakimin Muhammad (Fb).

Bahan-bahan :

  • Spagetti 1 paket
  • Udang ikut suka berapa ekor
  • Capsicum
  • Bawang holland (atau bawang besar)
  • Bawang putih
  • Lada hitam & lada sulah
  • Air perahan lemon
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara :

  1. Rebus spagetti dan toskan.
  2. Cairkan butter.
  3. Masukkan bawang putih yang telah diremuk dan hirisan bawang holland.
  4. Kacau sekejap, tak perlu layu.
  5. Masukkan udang, capsicum dan hirisan daun ketumbar. Kacau sampai udang masak.
  6. Masukkan air perahan lemon, lada hitam dan lada sulah.
  7. Kacau sekejap dan boleh masukkan spagetti yang telah direbus.
  8. Letak sedikit butter dan kacau sebati.

Untuk cara-cara memasak menu mudah ini, anda boleh juga melihat step by step di dalam video di bawah. Dalam masa 20 minit dah boleh makan. Selamat mencuba!

RESEPI SPAGETTI UDANG LEMON MUDAH, CEPAT DAN SEDAP

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge