Resepi Siakap Stim Ala Thai Yang Mudah dan Sedap

Boring lah asyik menu sama saja kan. Apa kata cuba resepi Siakap Stim Ala Thai ini. Dijamin sedap dan puas hati. Macam makan di Restoran Thai rasa sedap dia. Husband bagi 90% markah. Hahaha ok jom kita mula!

Bahan-bahan

  • Ikan Siakap 1 ekor
  • Serai 5 batang
  • Limau nipis 1 biji
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Gula 4 sudu kecil
  • Cabai burung 3 batang
  • Kiub ayam 1 + ¾ cawan air panas
  • Daun ketumbar
  • Bawang putih 10 ulas
  • Special item Performance Lemon Lime 1 sudu besar

Step 1 – Siang & Bersihkan Ikan

Buang sisik ikan dan isi perut, potong sikit ekor ikan tu, bersihkan dan toskan. Kelar sikit badan ikan tu.

Bahagian dalam perut ikan yang kosong tu sumbat daun ketumbar (daun saja), bawang putih hiris 2 ulas dan serai 2 batang (tak perlu ketuk).

Ikan siap. Terus letak dalam aluminium foil. Letak 3 batang serai tepi ikan.

Boleh panaskan pengukus. Diba guna pengukus besar tu jadi kena panaskan awal sikit, sementara siapkan kuah.

Step 2 – Bancuh kuah ikan

Campurkan semua bahan ini dan kacau rata.

  • Batang ketumbar hiris
  • Cili padi hiris
  • 4 bawang putih tumbuk lumat
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Kiub ayam + air panas
  • Gula
  • Perahan Limau nipis ½ biji
  • Performance Lemon Lime

Kalau tak ada Performance tak apa hehe itu diba saja improvise. Boleh guna 1 biji perahan limau nipis.

Siap bancuh, terus tuang atas ikan.

Step 3 – Kukus

Air kukus dah gelegak, kukus ikan 15 minit. Jangan lebih nanti ikan terlebih masak tak sedap. Ngam 15 minit je.

Step 4 – Goreng Bawang Putih

Agak-agak dah 10 minit kukus, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang 4 ulas.

Tumis just nice je jangan coklat sangat. Tutup api.

Step 5

Ikan dah siap kukus, tutup api.

Masuk hirisan limau nipis dan tuang bawang putih tumis tadi dengan minyak tu sekali atas ikan.

Siap!

Senang je kan? Yang penting sedap sangat. Hidang ni untuk tetamu, confirm diorang teringat-ingat sampai tahun depan. Hahaha Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge