Resepi Kuah Durian Yang Simple dan Sedap

Setiap kali musim durian Diba tak lepas peluang untuk beli beberapa biji untuk makan dan buat kuah durian. Disebabkan baru saja buat kuah durian petang tadi makan dengan roti gardenia, apa kata terus tulis sini. Walaupun resepinya simple dan mudah ya amat, mesti ada je yang tak tahu macam mana nak buat kan? So jom tengok resepi kuah durian yang simple dan sedap ini.

Ini cukup untuk 3-4 orang makan sekali hadap hehehe

RESEPI KUAH DURIAN SIMPLE TAPI SEDAP

  • 6 ulas durian tak kisah jenis apa
  • Gula perang 1 sudu kecil (kami suka kurang manis, boleh tambah ikut tekak)
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • Daun pandan 1 helai
  • Santan 100ml lebih kurang
  • Air kosong 1/2 gelas, nak cair tambah lagi

Step dia pun mudah sangat. Orang tak pernah masuk dapur pun boleh buat. Hahaha!

Campur saja semua bahan di atas dalam periuk Le Creusat korang tu cewahhh. Haha tak kisah la periuk apa janji boleh masak kuah durian tu. Masak sampai menggelegak. Api sedang-sedang je kang hangit pulak. Eh tapi periuk LC mana nak hangit kan. Tapi korang kacau je la sebati. Biar dia gelegak kejap kacau-kacau terus tutup api.

Dah boleh makan dengan roti atau pulut.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge