resepi basque burnt cheese cake mudah dan sedap

Resepi Basque Burnt Cheese Cake Mudah dan Dijamin Sedap!

Suka makan basque burnt cheese cake?

Sebenarnya Diba bukan peminat kek. Apa lagi kek keju. Sebab rata-rata kek sangatlah manis! Lidah tak boleh terima. Terutama sejak buat detoks tahun 2017. Tapi sesekali ada juga lah teringin makan kek. Nak dijadikan cerita, ada kawan share dia buat basque burnt cheese cake sendiri. Katanya mudah dan tak mahal pun kosnya. Dan memang betul! Rupanya sangat senang nak buat, jimat dan sedap. 

Kali pertama cuba buat, Diba tersalah bahan! Hahaha. Kali ke-dua buat, ok menjadi. Tapi sebab guna separuh saja dari resepi asal maka kek tersebut nampak macam batat. Kali ke-tiga pula (dalam tak minat kek boleh buat 3 kali hahaha!) guna resepi penuh tapiiii terlebih hangit pula. Mujur masih sedap dimakan. 

Ok jom kita tengok apa resepi basque burnt cheese cake versi olahan Diba.

Bahan-bahan
  • 500 gram cream cheese (diba guna tatura)
  • Gula kastor 130 gram (resepi asal 160 gram)
  • Telur 3 biji
  • Whipping cream 200ml (diba guna emborg/anchor)
  • Tepung gandum 20 gram
  • Esen vanilla 1 penutup (optional)
  • Air perahan lemon 1 sudu kecil (optional, untuk kurangkan bau telur)
Cara-cara buat Basque Burnt Cheese Cake
  1. Pukul cream cheese sampai tak berketul-ketul.
  2. Masukkan gula kastor dan pukul sampai sebati.
  3. Masukkan telur, esen vanilla & perahan air lemon dan pukul lagi.
  4. Bila dah nampak kembang sikit, masuk whipping cream.
  5. Pukul sekejap biar sebati.
  6. Last sekali masuk tepung gandum.

Sementara bancuh adunan kek boleh panaskan oven. Suhu 200° dan dibakar selama 50-60 minit. Lebih kurang 1 jam lah senang. Nak nampak lebih jelas cara-cara buat jemput klik video step by step ini. 

Video Step by Step Basque Burnt Cheese Cake

Ok dah tengok video? Senang sangat kan? Kos untuk sebiji kek ini lebih kurang RM40 sahaja. Biasanya dijual dengan harga RM100 sebiji.

Oh, tips tambahan! Kek ini lebih sedap rasanya kalau dibiarkan sejuk dan dimasukkan ke dalam peti ais. Esoknya baru keluarkan makan. Pehhhh padu baq hanggggg…

Selamat cuba try test!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge