Ramai Tak Tahu Maksud dan Kelebihan Amalkan Selawat Tafrijiyyah

Pertama kali diajar tentang Selawat Tafrijiyyah, Diba rasa macam malas nak amalkan sebab panjang, susah nak hafal. Tapi bila satu hari Mak Tipah (my beloved mom) call dan bagi tips amalkan Selawat Tafrijiyyah untuk lancarkan urusan, makbul hajat dan diberi jalan keluar ketika kesulitan, barulah Diba cari semula bacaan selawat ini.

Ya Allah! Betapa ruginya Diba abaikan saranan mentor sebelum ni untuk amalkan selawat ini hanya kerana ia sedikit panjang. Bila Diba baca maksud setiap bait selawat ini hati terus rasa sebak. Indah dan sangat mendalam.

Cuba bayangkan, kita dalam kesusahan atau ada hajat yang kita mohon Allah perkenankan, bila baca selawat ini, apa perasaan? Tepat menusuk dalam hati kan?

Sejak itulah Diba mula hafal bacaan Selawat Tafrijiyyah ini. Mula-mula rasa macam susah tapi bila follow bacaan dalam Youtube, rupanya senang saja! Dalam masa 2-3 hari dengar dah boleh hafal.

Cuma Mak diba pesan, apa-apa amalan yang kita buat niat kena ikhlas kerana Allah.

Kelebihan Selawat Tafrijiyyah

Dengan hanya kita faham maksudnya yang indah itu, dah cukup untuk kita tahu apa kelebihan Selawat Tafrijiyyah. Antara kelebihan bagi mereka yang amalkan selawat ini adalah :

1. Diberikan jalan keluar ketika menghadapi kesulitan.

2. Dipermudahkan urusan rezeki

3. Dipermudahkan urusan kehidupan setiap hari

4. Dimakbulkan doa dan hajat

5. Hati lapang dan tenang

Ini video yang Diba follow untuk bacaan setiap hari dalam kereta on the way pergi kerja. Dengar dan ikut sama-sama, insyaAllah dalam masa 2-3 hari mesti dah hafal. Jangan lupa fahamkan maksud sekali ya.

Semoga memberi manfaat & selamat beramal! ❤️

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge