Persiapan Larian Half Marathon Ipoh 7 Bridge Run 2019

Assalamualaikum semua!

Saya nak berkongsi secara ringkas persiapan sebelum menyertai acara larian Ipoh 7 Bridge Run kategori half marathon (21km). Ini merupakan kali pertama saya mendaftar untuk half marathon. Hasil bertanya kepada kawan-kawan yang dah berpengalaman, saya buat persiapan berikut.

Maklum lah orang baru kan. Mesti banyak benda tak tahu. Mujur ramai juga kawan-kawan yang dah biasa. Jadi banyak dapat tips & tricks.

1. Training

Wajib training ya. Kalau pertama kali nak join hm, at least mula training 2-3 bulan sebelum. Hari biasa lari 5km (2x) hari minggu buat long slow distance (lsd). Mula dengan 10km kemudian naikkan 1km setiap minggu. Kalau dah capai 15km lsd kira dah ok la tu. Hari yang tak berlari boleh workout.

2. Jaga makan

Terutama tempoh seminggu sebelum larian. Elakkan makan pedas dan berminyak. Tak nak perut buat hal nanti kan. Lebihkan makanan yang kaya potassium, magnesium, kalsium dan garam elektrolit untuk kekalkan garam mineral dalam badan.

3. Running accessories.

Depends pada individu. Kalau lari 5-10km mungkin boleh pegang je botol dan handphone. Tapi kalau half marathon ke atas lebih baik bawak running bag/belt. Boleh isi air (tak perlu banyak sebab ada water station), energy bar/powergel, kunci, handphone etc. Ada banyak pilihan. Ikut keselesaan masing-masing.

4. Carbo Loading

Part ini paling ramai runners suka. Makan! Hahaha. Tapi bukan makan sembarangan. 3-4 hari sebelum larian kena lebihkan portion karbo. Nasi, mee, bihun, pasta, roti etc. Ini untuk simpanan tenaga masa larian nanti.

5. Air kosong & Garam Mineral

Pastikan minum air kosong secukupnya dan minum air elektrolit yang cukup semua garam mineral seperti sodium, potassium, magnesium etc.

Garam mineral tu penting sangat untuk elak kejang otot. Benda yang paling runner nak elak adalah kaki cramp. Langsung tak boleh lari nanti.

6. Energy bar

Diba baru je cuba beli energy bar dari Marathon Baker. Best sebab handy, boleh bawa masa berlari.

7. Race pack

Jangan lupa collect race pack ye. Biasa race pack collection dibuat lebih awal dari hari larian. Tiada race pack masa hari kejadian. Jadi tengok betul-betul tarikh yang diberitahu.

8. Tidur awal

Cuba dapatkan deep sleep selama 3-4 jam. Macam half marathon Ipoh 7 Bridge ni flag off (masa berlepas) adalah pukul 5 pagi jadi pukul 4 kena ada di tempat berkumpul untuk warm up.

9. Study route

Jangan lupa tengok laluan larian. Berapa water station disediakan, berapa km jarak setiap station dan lain-lain.

10. Datang awal

Make sure datang awal sedikit. Biasa event larian ni ramai orang. Parking penuh. Jadi nak elak terlepas masa flag off datang awal.

Rasanya cukup dah segala persiapan Diba untuk larian half marathon yang pertama ni. Besar harapan semoga sihat sejahtera dan dapat habiskan larian sebelum cut off time (4jam). Wish me luck!

1 thought on “Persiapan Larian Half Marathon Ipoh 7 Bridge Run 2019”

Leave a Reply to Zaleha Pengedar Vivix Shaklee Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge