Percaya Pada Diri Sendiri Kunci Utama Kejayaan

Siapa sini suka tonton filem? Suka filem Harry Potter tak? Ok kali ni Diba nak cerita sikit salah satu scene dalam movie Harry Potter & The Half Blood Prince. Sebab ada pengajaran besar tentang percaya pada diri sendiri untuk capai kejayaan dalam apa saja yang kita impikan.

Ingat tak si Ron ni yang memang takut sangat dia kalah, dia kena jadi Keeper masa tu. Walaupun dah training dia tetap la nervous gila. Harry sebagai kawan baik dia nak tolong Ron. So apa Harry buat? Harry acah-acah suruh Ron minum air yang kononnya dia dah letak Lucky potion. Potion tu Harry dapat hadiah dari Profesor Slughorn masa dalam kelas.

Sebenarnya Harry tak letak pun potion tu. Dia sengaja buat Ron percaya yang dia dah minum air Lucky potion tu so dia mesti akan menang punya! Terus Ron semangat nak main & win the games.

So sebenarnya Ron berjaya tepis semua bola dari bolos masuk ke gawang sebab kebolehan diri sendiri, bukan sebab potion tu. Bijak kan watak Harry ni? Dia kenal kawan dia. Di nak tolong tapi guna psikologi.

Dalam kehidupan sebenar kita pun, sama macam tu. Kita selalu rasa orang lain boleh berjaya sebab dia ada itu dan ini. Tapi kita lupa kita pun boleh berjaya yang penting kena percaya pada diri sendiri dulu. Jangan tunggu ada apa-apa baru kita nak percayakam diri sendiri.

Ok itu saja sharing ringkas tapi bermakna kan? Next time boleh cuba guna trick yang sama untuk bantu kawan-kawan yang ada masalah keyakinan diri. Jangan pergi cari Lucky potion pulak ye! Hehehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge