rawatan muka untuk buang whitehead

Pengalaman Pertama Kali Buat Rawatan Muka di Mary Jardin Spa

Rawatan muka atau facial treatment sering menjadi pilihan wanita yang mahukan wajah cantik, awet muda dan bersih tanpa sebarang cela. Terdapat pelbagai jenis rawatan muka yang ada disediakan. Jenis rawatan pula bergantung kepada jenis dan masalah kulit yang ingin diatasi. 

Diba sebenarnya teringin sangat nak cuba. Tapi ada rasa takut dengan produk yang digunakan. Sebab kulit Diba sangat sensitif. Kalau salah pakai boleh breakout. Lama Diba mencari spa yang sesuai. Sampai lah bertemu Mary Jardin spa di Shah Alam. Walaupun Diba gunapakai rangkaian lengkap skincare Youth dari Shaklee, Diba tahu Mary Jardin juga mempunyai produk yang bebas bahan kimia berbahaya. Jadi memang yakin untuk buat rawatan muka di situ.

Promosi Rawatan Muka di Mary Jardin Spa

Sempena pembukaan spa ini, MJ menawarkan promosi istimewa untuk rawatan membuang blackhead. Harga asal RM200 tetapi promosi rm69 sahaja. Murah kan? Jom tengok proses rawatan yang Diba buat di sana.

 

 

Rawatan berlangsung selama 1 jam. Mula-mula sekali beautician akan bawa kita ke bilik untuk periksa keadaan kulit. Lebih kurang macam buat skin analysis gitu. Antara perkara yang dilihat adalah :

  • Tona kulit
  • Garis halus/kedutan
  • Bintik hitam/jeragat
  • Liang pori
  • Parut jerawat
  • Bakteria

Secara keseluruhan, kulit Diba sangat ok (skincare Youth Shaklee sangat berkesan!) semua parameter 70% ke atas KECUALI masalah liang pori. Hmm memang Diba sendiri tahu masalah yang satu ini. Antara punca dia, Diba suka sangat PICIT BLACKHEAD/ WHITEHEAD guna jari. Sebab tu pori makin besar.

Hasil Selepas Rawatan

Selepas habis sesi rawatan selama 1 jam, Diba dapat rasa bahagian hidung dan pipi halus lembut sangat. Dah tak ada ‘bulu-bulu’ whitehead macam sebelum rawatan. Memang berkesan lah nampaknya. Tapi beautician kata rawatan sekali saja tak cukup. Kena rajin bersihkan muka dari whitehead sebulan sekali. 

Pencuci muka tak mampu bersihkan kotoran di wajah kita sepenuhnya. Jadi support dengan buat facial treatment. Tapi pilih spa yang menggunakan produk yang selamat ya. Kalau tak nanti tak pasal-pasal muka breakout.

Overall, Diba bagi 4 bintang 🙂 untuk pengalaman kali pertama. Tempat selesa, tenang, wangi dan beautician cermat buat kerja. 

Lokasi Mary Jardin spa :

L2G1, Star Avenue Lifestyle Mall U5/179,

Jalan Zuhal, Taman Pinggiran Subang,

40150 Shah Alam, Selangor.

Untuk booking, boleh hubungi +60 3-7734 7155 (Sabrina) 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge