Pengalaman Jual Kereta Terpakai di Carsome

Nak Jual Kereta Terpakai?

Sebelum ini kami dah pernah jual kereta terpakai tapi direct terus dengan buyer. Tak masuk mana-mana kedai used car atau website jual kereta. Sebab memang nak ada pengalaman jual kereta sendiri, apa prosedur semua. Tapi kali ni husband kata dia nak cuba guna platform website jual kereta macam Motorist.my, Carsome, Mytukar, Ezsellcar dan lain-lain.

Jadi kami survey dan decide nak guna Carsome lepas baca review yang menarik. Kami nak platform yang hassle free, mudahkan urusan dan cepat. Semua ni ada pada Carsome. So apa step pertama?

Langkah-langkah Jual Kereta Terpakai di Carsome

Memang senang gila kerja bila jual kereta terpakai di Carsome ni. Korang yang jenis malas nak fikir banyak memang sesuai jual dekat Carsome je. Ini step by step.

Langkah #1

Buat temujanji online untuk inspection (percuma je!). Boleh book di sini https://www.carsome.my/v3/? isi semua maklumat. Tak lama isi, korang akan dapat e-mail, atau phone call dari wakil Carsome untuk confirm tarikh, masa dan tempat untuk buat inspection kereta.

Langkah #2

Datang buat inspection. Proses ini ambil masa lebih kurang 30 minit. wakil Carsome akan check condition kereta luar & dalam.

Langkah #3

Selesai inspection, wakil Carsome akan discuss harga. Haa masa ni lah korang kena bijak nego harga.

Kalau korang setuju dengan harga tu, boleh proceed jual dengan Carsome. Kalau tak setuju, korang ada option untuk masuk bid. Bid ni dalam masa 3 jam saja. Berapa harga tertinggi yang orang bid itulah yang korang dapat.

Let say, harga bid lagi rendah dari harga yang Carsome bagi, korang tak boleh patah balik ke harga Carsome tau.

Langkah #4

Selesai bab harga, sign document, dalam masa 1-2 jam terus dapat payment.

Dokumen Untuk Jual Kereta Terpakai

Kalau korang memang dah decide nak jual, make sure bawak semua ini :

  1. Kad pengenalan
  2. Geran original (untuk yang dah habis loan bank)
  3. Kunci spare

Haa walaupun sedih (aku nangis tauuu!) terpaksa let go kereta kesayangan aku yang dah hampir 10 tahun bersama, tapi lebih elok lah jual dari terperuk je tak pakai kan. Nak buat apa kereta sampai 2-3 bijik.

Simpan lama-lama susut nilai langsung tak ada value dah. End up jadi besi buruk. Baik jual ada juga manfaat pada orang lain yang memerlukan.

Tips Nego Harga

Ok meh nak share 1 tips nego harga supaya dapat tinggi sikit. Ini bergantung pada condition kereta lah juga. Macma kereta Myvi aku tu jenis SE, leather seat so belah dalam memang nampak elok macam baru.

Mula-mula wakil Carsome akan tanya berapa harga kita. Korang bagi je harga tinggi dari harga yang korang dah survey. Let say korang survey dengan used car RM12.5k, cuba up jadi RM15k. Sebab dia akan cuba match harga yang kita nak. Ok.

So harap pengalaman kami ni membantu ye. Terima kasih sudi baca sampai habis. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge