Pengalaman Hiking Bukit Saga Sambil Menikmati Keindahan Air Terjun

Ini hiking trip ke-3 untuk tahun ini. Ahad lepas kami bertujuh decided untuk hiking Bukit Saga yang terletak di Ampang. Perjalanan ambil masa 45 minit dari Klang. Sampai je tempat parking pukul 8.15 macam tu dah penuh dah. Terpaksa park kereta tepi jalan saja. Kami stretching sekejap. Tepat jam 8.45 pagi kami mulakan pendakian.

Hasil bacaan blog orang lain, rata-rata mengambil masa 1 jam untuk naik dan 1 jam juga untuk turun. Awal mendaki laluan bertangga selama 20 minit. Gigil lutut hahaha! Lepas selesai laluan bertangga yang mencanak naik itu, kami teruskan perjalanan ke berut dan puncak. Oh ya! Dalam bukit ni ada roundabout tau hehehe..

Jangan harap ada view puncak cantik ya kalau hiking Bukit Saga ni. Puncak dia cuma tanah rata tapi meriah! Ada hammock, khemah, kerusi meja, tempat rehat, kedai jual air pun ada! Rare sungguh kan.

Kami ambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak. Lepak sekejap dalam 30 minit bergambar, bersembang kemudian kami decide untuk bergerak ke air terjun pula. Orang kata air terjun dia tak besar mana pun. Dan tak ramai yang pergi. Mula-mula kami ingat nak ke air terjun ni tak jauh mana.

Rupanya dari puncak ambil masa 40 minit pula nak ke sana. Trek dia sangat sangat mencabar untuk beginner macam kami ni haha! Ada satu part tu, kami termenung tengok macam mana nak turun. Fuhhh!

Nak tengok macam mencabar laluan ke air terjun tu? Haa tunggu next post okay. Memang berbaloi lah sebab air terjun dia sangat awesome!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge