Pengalaman Hiking Bukit Saga Part II

Ok sambungan cerita pengalaman hiking Bukit Saga dari entry iniĀ boleh klik kalau belum baca.

Kami ingatkan tak jauh air terjun tu. Rupanya ambil masa 40 minit mendaki dan menurun bukit rupanya! Kami gagahkan juga. Sebab bukan nak datang selalu. Air terjun dalam bukit mesti lain kan air dia? Sebab tak tercemar dan tak ramai orang datang. Siapa lah nak pergi air terjun siap kena hiking bukit sejam lebih kan? Hahaha!

Ini kawasan yang memang sangat mencabar. Curam dan boleh dikatakan bahaya juga. Kami turun pelan-pelan, susun satu persatu langkah. Sebab tanah agak licin baru lepas hujan semalamnya. Mujur ada disediakan tali untuk berpaut.

Tak lama kemudian kami jumpa dah air terjun nya! Wahh excited betul. Memang kecik je kawasan air terjunnya. Tak boleh nak mandi pun. Sebelum jumpa air terjun kena lalu satu batu besar dulu. Ada tali untuk naik dan turun batu besar tersebut. Hati-hati bila lalu sini sebab licin.

Bila kawan-kawan kami sampai, dia orang cakap BUKAN INI AIR TERJUN NYA! Hahaha patut lah pun. Kena jalan lagi lebih kurang 15 minit baru jumpa tempat air terjun yang sebenar. Yang tadi tu macam kepala air terjun je.

Haa cantik tak air terjun Bukit Saga ni?

Hilang letih hiking bukit lepas cecah kaki dalam air. Sejuk, nyaman dan tenang di sini. Kami sanggup tahan lapar untuk makan dekat sini. Lebih kurang 1 jam disini, enjoy mandi air terjun rehat dan sembang-sembang. Lebih kurang jam 1.30 petang kami bergerak. Perjalanan turun lebih cepat.

Kami tiba di kaki bukit jam 3 petang. Alhamdulillah semua selamat. Till next hiking trip! Kami plan nak camping pulak.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge