Pencuci Muka Organik Terbaik Untuk Jerawat

Langkah pertama untuk perbaiki masalah kulit berjerawat dari segi penjagaan luaran adalah memilih pencuci muka organik. Kenapa mesti pilih yang organik? Apa berbeza kah kalau guna pencuci muka biasa saja? Ya, memang berbeza sangat. Terutama mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif, jeragat dan sebagainya.

Apa beza pencuci muka organik dengan pencuci muka biasa?

Tiada bahan kimia berbahaya.

Bahan kimia memang ada dalam kesemua produk penjagaan kulit. Beza nya, sama ada ia bahan kimia yang selamat atau memudaratkan kulit untuk tempoh masa panjang.

Contohnya, bahan pengawet. Semua produk memerlukan bahan pengawet untuk kekalkan jangka hayat penggunaan. Biasa dengar paraben?

Paraben adalah bahan pengawet yang paling biasa digunapakai. Ada banyak pendapat tentang paraben. Penggunaan yang sedikit sahaja tidak merbahaya. Ttapi ada kajian mengatakan penggunaan paraben dalam jangka masa panjang boleh merosakkan kulit dan organ dalaman.

Yelah, kita pakai hari-hari. Sikit-sikit pun, lama-lama jadi banyak kuantiti paraben yang kita pakai.

2. Bahan utama dari sumber semulajadi, bukan sintetik.

Organik bermaksud menggunakan 100% bahan dari sumber semulajadi. Tidak ada ramuan sintetik yang dicampur. Sebagai contoh, ada banyak produk yang menggunakan vitamin E sintetik (dl-alpha tocopherol) berbanding vitamin E semulajadi (d-alpha tocopherol).

Eh, rugi tau kalau pakai produk yang guna bahan sintetik. Sebab fungsi dan cara ia bertindak tak sama dengan bahan semulajadi. Benda tiruan mana nak sama dengan yang ori.

3. Tiada penggunaan racun serangga.

Ini faktor yang paling penting. Sumber semulajadi tak semestinya selamat. Kalau ada guna racun serangga untuk pastikan sumber tumbuhan tahan lasak, tahan penyakit dah tak organik.

Mungkin ada kesan racun yang turut termasuk sekali dalam pembuatan produk. Takutnya!

Pencuci Muka Organik Terbaik Untuk Jerawat.

Untuk anda yang ada masalah jerawat, penting untuk pilih pencuci muka organik. Bahan kimia berbahaya dalam pencuci muka biasa akan merosakkan lagi lapisan kulit. Jerawat makin susah nak pulih.

Penggunaan bahan sintetik pula tidak memberi kesan sepertimana bahan semulajadi. Membazir duit saja kan beli produk yang tak berkesan?

Jadi pilih lah pencuci muka yang organik seperti Youth Gel Oil Cleanser untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat. Rangkaian penjagaan muka Youth dijamin 100% organik, selamat dan sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit.

Testimoni Masalah Kulit Muka Selesai Dengan Youth Skincare

1 thought on “Pencuci Muka Organik Terbaik Untuk Jerawat”

  1. Pingback: Kelebihan Pencuci Muka Oil-Based dan Cara Betul Menggunakannya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge