Nak Kuruskan Badan Perlu Suplemen Atau Tidak?

Kalau bercakap bab kuruskan badan, memang ramai yang teruja. Terutama kalau kurus dalam masa yang singkat. Atau kurus tanpa diet dan bersenam. Paling popular guna produk/ubat kurus/suplemen. Diba nak berkongsi sikit tentang perlu atau tidak suplemen/ubat kurus/produk untuk turunkan berat badan secara berkesan?

 

FAHAMI PUNCA KEGEMUKAN

 

Sebelum bercakap tentang kurus, ambil tahu dan fahami dulu apa yang menyebabkan kegemukan. Seperti kata-kata kawan saya yang sudah pun berjaya turunkan berat badan sebanyak hampir 30kg, kita jadi gemuk bukan sebab hari ini makan banyak-banyak esok terus gemuk gedempol. Proses nak jadi gemuk tu berlaku dalam masa yang panjang.

Apa punca sebenar kegemukan?

Bagi kebanyakan kes, kegemukan puncanya satu sahaja iaitu TERLEBIH KALORI DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBAKAR MENJADI TENAGA dan TERSIMPAN SEBAGAI LEMAK. Iya memang inilah punca utama. Ramai yang masih menafikan. Kalori berlebihan dari makanan harian, terkumpul di dalam badan dan menjadi lemak apabila tidak digunakan sebagai tenaga.

Lebih ringkas, makan tak ingat dunia kemudian malas bersenam. InsyaAllah mula-mula tembam, berisi, debab lama-lama gemuk dan seterusnya obesiti.

 

KONSEP KURUSKAN BADAN

 

Dah faham punca gemuk kan?

Sekarang baru boleh cerita konsep nak kuruskan badan. Sebab dah tahu punca kepada masalah. Kita kena ‘tackle’ punca itu yang sebenarnya. Nak kurus mudah saja. Jaga apa yang masuk dalam mulut (elak lemak baru) dan bakar lemak sedia ada yang dah bertapa lama dalam badan.

Sebab itulah nak kurus tak boleh lari dari jaga diet pemakanan harian dengan cara kawal jumlah kalori yang masuk. Manakala lemak sedia ada tak ada cara lain melainkan kena bakar supaya hilang dari radar.

Inilah konsep asas nak kuruskan badan.

 

SUPLEMEN : PERLU ATAU TIDAK?

 

Jadi persoalan utama, perlu atau tidak produk suplemen untuk kuruskan badan?

Jawapan Diba, kedua-duanya sekali. Perlu dan tak perlu. Macam mana tu? Okay, setiap orang mempunyai komposisi tubuh yang berbeza. Tidak ada seorang manusia yang sama komposisi 100% kerana dipengaruhi oleh banyak faktor luaran dan dalaman.

Boleh jadi perlu jika sesorang itu memerlukan ‘sesuatu’ untuk membantu proses penurunan berat badan. Sebagai contoh, hormon Leptin yang memberi signal lapar kepada otak, boleh dikawal dengan pengambilan minyak ikan yang kaya EPA/DHA. Atau Lecithin yang membantu proses pemecahan lemak dan bertindak sebagai ‘fat emulsifier’.

Jika anda rasa tubuh badan ada cukup segala keperluan untuk proses penurunan berat badan, tidak ada sebab untuk anda mengambil sebarang produk suplemen.

Sekarang anda sudah faham tentang keperluan suplemen, tepuk dada tanya diri sendiri perlu atau tidak?

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge