Nak Kurus Cepat atau Nak Kurus Lama?

Ramai orang nak kurus cepat, dan tak nak melalui proses penurunan berat badan yang berterusan. Maksudnya nak kurus secepat yang boleh. Sebulan turun 20kg terus! Haa siapa yang macam ni baik mengaku. Salah ke kalau nak cepat-cepat kurus?

Sebenarnya kurus dalam masa singkat, risiko untuk ‘bound back’ kepada berat asal sangat tinggi. Bayangkan tiba-tiba tubuh badan macam dipaksa untuk buat sesuatu secara drastik. Tak ke terkejut badan kita. Kemungkinan besar tak bertahan lama, berat akan naik semula ke berat asal. Ini yang dipanggil sebagai ‘yo-yo effect’.

Jadi pilihan yang lebih baik adalah cuba ambil masa untuk lalui proses penurunan berat badan secara konsisten. Kita sepatutnya perlahan-lahan tukar cara pemakanan yang sihat, bersenam secara berkala setiap minggu, elak stress dan cukup tidur, barulah ia boleh jadi habit atau lifestyle. Bila dah jadi sebahagian dari tabiat, berat badan akan maintain untuk tempoh masa yang panjang.

Ingat ya, nak kekalkan berat badan itu lebih susah teramat susah berbanding dengan turunkan berat. Sebab tu ramai sibuk nak kurus cepat berjaya turunkan berat dalam tempoh singkat. Tapi gagal untuk kekalkan berat badan itu untuk tempoh 12 bulan.

Ya, 12 bulan masa untuk ukur sama ada badan akan boleh maintain dengan berat demikian atau tak. Nak tak nak memang kena jadikan amalan hidup sihat sebagai tabiat atau lifestyle. Bukan untuk tempoh tertentu saja.

InsyaAllah cara ini lebih sihat bukan saja untuk berat badan tapi untuk paras gula, kolesterol, tekanan darah, stress dan metabolisma. Pendek kata selamat untuk keseluruhan sistem badan. JANGA FIKIR NAK KURUS tanpa FIKIR TENTANG SIHAT. Kita usaha untuk kurus pun sebab nak sihat kan?

Berhati-hatilah dalam nak pilih kaedah nak kurus. Lebih baik lambat dan konsisten dari cepat tapi sekejap. Okay? Boleh baca di sini untuk 3 langkah mudah nak kurus. Yang penting konsisten sahaja. Moga membantu anda yang sedang mencari-cari kaedah nak kurus yang sesuai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge