Misi Kulit Korea : 10 Langkah Korean Skincare Untuk Dapatkan ‘Glass Skin’

Sejak balik dari Seminar Imej 360 Puan Mary Anni, Diba dan kawan-kawan bersemangat nak jalankan misi kulit Korea! Iya, kami pun nak cuba juga. Betul ke boleh dapat glass skin macam orang Korea? Menurut Puan Mary yang dah cuba sendiri kesemua 10 langkah korean skincare routine itu selama 2 bulan, beliau mendapati keadaan kulit sangat lebih sihat dan flawless.

Kami jadi teruja nak turut sama dapat kulit yang lebih sihat dan licin.

Konsep Korean skincare pentingkan kelembapan kulit bermula dari mencuci hingga langkah terakhir. Jika kulit cukup lembap susah masalah kulit nak muncul seperti jerawat, garis halus, jeragat, dan liang pori besar.

Dan, konsep produk pula, tidak ada satu produk yang boleh beri keajaiban. Nak kulit sihat dan cantik ada proses yang perlu dibuat satu per satu.

Apa 10 langkah penjagaan kulit yang diamalkan oleh orang Korea sampai kulit diorang cantik gebu licin macam cermin tu? Haa jom kita tengok satu per satu.

10 Langkah Misi Kulit Korea

1. Oil-based Cleanser
Cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jenis oil untuk menanggalkan sisa solekan yang berasakan minyak.

2. Water-based Cleanser

Kemudian cuci muka sekali lagi dengan menggunakan pencuci biasa (berbuih) untuk bersihkan kulit dari kotoran, debu dan peluh.

3. Exfoliator/Scrub

Ada banyak jenis exfoliator yang ada di pasaran. Pastikan pilih yang sesuai dengan sesitiviti kulit. Ia bertujuan menanggalkan sel kulit mati. Hanya perlu diguna 2-3 kali seminggu.

4. Toner

Jangan skip toner! Misi kulit Korea sangat mementingkan kelembapan kulit. Toner bertindak membuang sisa kotoran yang tidak dibersihkan pencuci di samping melembap dan memyegarkan kulit.

Fungsi toner lebih lengkap di sini.

5. Essence

Essence biasanya dalam bentuk cecair ringan seperti air tetapi kaya dengan bahan aktif untuk memberi nutrisi tertentu pada kulit. Juga bertindak mengekalkan lembapa kulit.

6. Serum

Lapisan ke enam pula adalah Serum. Serum berfungsi sebagai rawatan kulit, memulihkan sel-sel yang rosak dengan bahan aktif yang lebih spesifik.

7. Facial Mask

Iya, selepas sapuan serum langkah ke tujuh adalah memakai mask muka. Mask bertindak perbaiki tona, tekstur dan kelembapan kulit. Nampak, kelembapan ada dalam setiap langkah.

Tak perlu cuci selepas pakai masker jenis sheet mask ini.

8. Eye Cream

Takkan la kulit muka saja cantik, mata pun kena lah sama naik juga. Eye cream memelihara kawasan mata, elak eye bag, garis halus dan dark circle.

9. Moisturizer

Oh akhirnya baru ada krim pelembap! Seperti namanya, ia bertujuan mengunci lembapan pada kulit.

10. Sunscreen/spf

Langkah terakhir, selepas menyapu krim pelembap pastikan anda oles sunscreen pula. Sunscreen penting untuk lindung kulit dari sinar UVA/UVB yang menjadi punca jeragat, kulit berminyak dan terbakar.

Sunscreen hanya dipakai di waktu siang.

Jadi, macam mana? Sanggup tak nak mulakan misi kulit Korea dengan 10 langkah di atas?

Jika anda inginkan penjelasan lebih lanjut tentang penjagaan kulit Korea, boleh hubungi Diba. Diharap perkongsian ini dapat membantu. Terima kasih!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge