menu sahur mudah

Menu Sahur Mudah, Sedap, Berkhasiat dan Kenyang Lama

 

Pening tak tahu nak sediakan menu sahur selama 30 hari? Boleh cuba resepi ringkas di bawah. Masa penyediaan tak sampai 15 minit.

MENU SAHUR 1 : TELUR DADAR + ISI AYAM + CENDAWAN + TOMATO

Telur merupaka sumber protein yang sangat bagus diambil pada waktu pagi. Ia mampu membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Jadi pastikan ada sumber protein dalam menu sahur anda.

Telur 2 biji

Isi ayam dipotong dadu

Cendawan butang dihiris nipis

Tomato setengah biji

menu sahur 1

Pukul telur dan masukkan kesemua bahan lain, tambah sedikit garam sebagai perasa dan goreng dengan butter. Boleh juga dimakan bersama sumber karbo seperti roti wholemeal sekeping.

MENU SAHUR 2 : ROTI WHOLEMEAL + TELUR MATA + SALAD

Ini lagi ringkas dan mudah. Anda hanya perlukan 3 bahan utama :

Roti wholemeal

Telur 1 biji

Salad

Goreng telur, sama ada telur mata atau telur dadar. Boleh tabur sedikit lada hitam dan lada sulah untuk perasa. Sediakan salad dan teluar atas 2 keping roti dan sedikit sos cili. Sahur anda sudah pun tersedia!

MENU SAHUR 3 : CHICKEN WRAP + SALAD

Chicken wrap bukan saja sedap, malahan mudah untuk disediakan. Wrap boleh dibeli dan sedia dimakan dengan hanya panaskan 1 minit di atas kuali. Bahan untuk isinya adalah dada ayam yang dipotong kecil-kecil dan digaul dengan garam dan lada hitam.

Chicken wrap

Dada ayam

Salad

menu sahur chicken wrap

Goreng ayam dengan minyak sedikit, toskan dan tabur diatas wrap bersama salad. bungkus dan makan!

MENU SAHUR 4 : BIHUN SUP SAYUR CAMPUR AYAM

Bihun sup sebagai alternatif untuk sesuatu yang berkuah. Tips kurangkan garam dan elak menggunakan MSG kerana ia membuatkan anda berasa dahaga.

Bihun (dicelur 5 minit)

Dada ayam potong kecil

Bawang putih diremuk

Sayur sawi

Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan dada ayam, masak sekejap dan masukkan air. Bila menggelegak boleh masukkan sayur sawi. Pecah telur sebiji pun sedap! Sup siap masak, bihun toskan dan boleh makan panas-panas. Fuhhhh!

MENU SAHUR 5 : PROTEIN TUMBUHAN ESP

Akhir sekali, menu paling cepat di antara semua menu diatas. Hanya perlukan 1 minit sahaja. Bahan-bahan seperti berikut :

Protein shake (saya suka ESP Shaklee)

Susu segar

Air kosong

Optional : oats, kekacang, kismis, kurma

Ambil 3 sudu protein ESP dan campur dengan 200ml susu dan 100ml air kosong. Goncang sampai sebati dan terus minum. Mudah, ringkas, sedap, berkhasiat dan yang penting bekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan dan buat kita rasa kenyang lebih lama.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge