Masalah Pori Besar : Amalkan 8 Langkah Mudah Ini

Tak sikit orang yang ada masalah pori besar. Rata-rata orang tak suka dengan masalah ni. Sebab nampak tak cantik kan lubang-lubang besar macam tu. Kena pakai make up tebal nak tutup. Sebenarnya pori ni tak boleh hilang tau. Setiap orang ada liang pori dan ada fungsi yang penting. Cuma ada orang pori dia lebih besar dari biasa.

Jadi kalau anda tergolong kategori pori yang lebih besar dari biasa tu sampai rasa tak selesa tengok muka sendiri, apa kata cuba 8 teknik ini. InsyaAllah memang sangat membantu!

8 Langkah Atasi Pori Besar

Ingat, pori tak boleh hilang. Kalau ada nampak orang lain macam tak ada pori je tu, maknanya dah ditutup dengan make up. Jangan kagum sangat.

1. Pilih Produk ‘Water-based’

Terutama untuk anda yang mempunyai kulit jenis berminyak, paling penting kena guna produk muka tak kira lah skincare atau make up yang ‘water-based’ bukan ‘oil-based’. Jadi pori tak akan tersumbat dengan minyak berlebihan. Pori itu sendiri menghasilkan minyak semulajadi (sebum) kalau kulit berminyak pakai pulak produk oil based memang pori besar la jadinya.

2. Cuci Muka 3x Sehari

Pagi, tengahari dan malam. Orang yang ada pori besar ni senang tersumbat. Kena bersihkan dalam tempoh masa tertentu untuk elak tersumbat terlalu lama. Make up, bedak, krim muka akan buat pori tersumbat tau. Kalau tak rajin cuci muka makin besar lah pori tu nanti.

3. Pilih Pencuci Muka Jenis ‘Gel-based’

Tips ni tak ramai yang tahu. Sebab tak ramai tahu wujudnya pencuci muka jenis ‘gel-based’ ni. Biasanya yang dijual jenis foam atau sabun yang berbuih banyak tu. Cuba tukar pakai gel-based dan tengok perubahan dia. Paling bagus guna Youth Luminous Gel Oil Cleanser ni. Memang terbaik untuk cuci muka yang berminyak.

4. Pakai Scrub Muka

Langkah seterusnya, pakai scrub muka seminggu sekali. Tujuan scrub adalah untuk buang sel-sel kulit mati. Kita tak nampak sel kulit mati ni, cara nak tahu muka akan nampak kusam dan gelap dari biasa. Sel kulit mati kalau tak dibuang akan tersumbat dalam liang pori. Tapi jangan kerap tau. Seminggu sekali dah cukup. Pilih yang sesuai dengan kulit. Contoh brand yang ok yang ada banyak pilihan especially untuk kulit sensitif, brand St.Ives.

5. Pastikan Kulit Lembap

Lembap dengan air bukan minyak tau. Orang kulit berminyak memang akan selalu rasa kulit dia ‘lembap’ padahal sebenarnya berminyak. Jadinya pakai lah pelembap muka yang ‘water-based’. Ingat kan point dekat atas tadi? Bila kulit kita cukup lembapan, sebum tak berkumpul di permukaan pori.

6. Pakai Clay Mask

Ya, masker tanah liat atau masker gunung berapi warna hitam tu. Memang bantu kecilkan pori besar. Sebab apa? Clay mask ni memang khas untuk serap lebihan minyak dalam pori. Cuma hati-hati jangan pakai lama sangat nnati terlampau kering pulak kulit. Lagi banyak minyak akan keluar lepas pakai mask tu nanti. Antara yang bagus Youth Purifying Clay Mask ni. Betul-betul berkesan untuk kawal minyak dan kecilkan pori.

7. Pakai ‘Sunblock’

Selain nak elak kulit dari sunburn, pakai sunblock juga bertujuan untuk elak kulit jadi kering atau berminyak bila terdedah pada panas matahari. Dia pi mai pi mai tang tu jugak. Kulit kering sangat nanti minyak berlebihan dirembes keluar dari pori, pori jadi besar. Kalau ada yang water based punya even better.

8. Buat Rawatan Muka

Perlu ke buat facial treatment? Kalau kulit anda jenis banyak whitehead/blackhead, bagus untuk buat facial dan buang whitehead tu. Sebab whitehead ni punca pori besar juga, bila tak dibuang itu yang pori nampak besar lepas tu berisi whitehead pulak. Lagi la tak cantik bila tengok.

Alhamdulillah. Cukup dah 8 langkah mudah untuk kecilkan pori yang besar. Asasnya jangan biarkan terlalu berminyak atau kering, bersihkan dan pastikan lembap. Ini yang paling penting. Ikut semua tips atas ni InsyaAllah akan nampak hasilnya dalam beberapa bulan.

Semoga membantu ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge