Mandi Manda Aktiviti Hujung Minggu Di Kledang Saiong Ipoh

Dulu kalau nak mandi manda aktiviti hujung minggu orang Ipoh mesti pergi Chepor. Terutama orang Jelapang, Manjoi, Meru, Chemor dan kawasan sekitar. Betul kan? Tapi sejak Kledang Saiong Forest Eco Park dah mula dibuka untuk kunjungan umum, makin ramai dah yang datang. Berikut adalah info tempat, waktu operasi dan bayaran masuk.

Waze saja : Taman Rimba Kledang Saiong (Lebuh Meru Raya, Ipoh Perak)

Waktu operasi : 7 pagi – 6 petang

Bayaran masuk : Dewasa RM2 Kanak-kanak RM1 (per pax)

Sejak ada Kledang Saiong kami sekeluarga dah tak pergi ke Chepor. Kawasan nya lebih bersih, cantik dan ada banyak fasiliti disediakan. Parking agak terhad. Kalau penuh memang kena park tepi jalan jauh sikit.

Dari pondok daftar kena berjalan sikit lebih kurang 300 meter untuk sampai ke kawasan sungai. Kita akan lalu playground, joging trek dan melepasi dewan terbuka. Antara kemudahan lain yang disediakan termasuk lah tempat bbq, tapak perkhemahan, tandas, kerusi rehat dan gazebo. Sangat sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

Kawasan sungainya jenis yang banyak batu, jadi air tak dalam sangat. Sesuai untuk budak-budak mandi. Kawasan sekeliling bersih dan terjaga. Tandas dah dibina yang baru dan lebih selesa. Untuk bbq tak dikenakan sebarang bayaran. First come first serve lah. Tapi tapak khemah kena daftar awal dan bayar dulu baru boleh guna. Ada 3 tempat bbq dan 4 tapak perkhemahan yang disediakan. Dewan terbuka tu kadang-kadang ada aktiviti zumba, seminar dan sebagainya.

Biasanya orang ramai datang hujung minggu pagi pukul 8 ke atas. Petang pun ada jugak tapi tutup awal ya pukul 6 petang. So datang la cepat sikit. Sebelum tutup, petugas akan bunyikan siren kuat-kuat tanda masa dah habis. Sila kemas barang anda dan balik. Hahaha!

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan aktiviti yang boleh dibuat di sini, boleh nombor di bawah :

Pertanyaan :

Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung, Jalan Bemban,
31000 Batu Gajah, Perak
Tel: 605-3661 228
Fax: 605-3651 679

Panggilan Kecemasan:

• Hubungi 911
• Hospital Raja Pemaisuri Bainun – 14 km (605-2085 000)
• Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh- 13 km (605-2451 500)
• Fire Station and Rescue Station Ipoh- 15 km (605-5474 444)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge