turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi

Makanan Terbaik Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Elak Risiko Stroke

Sebelum cari cara untuk turunkan tekanan darah tinggi, lebih elok fahami dahulu bagaimana tekanan darah tinggi berlaku? Tekanan darah ialah daya yang menolak dinding saluran darah yang terhasil apabila darah dipam melalui arteri. Setiap manusia mempunyai tekanan darah. Bacaan tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan arteri. 

 

turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi berlaku apabila jantung terpaksa mengepam lebih kuat kerana saluran darah sempit. Saluran darah sempit disebabkan oleh mendapan lemak dan pembentukan plak pada dinding arteri. Keadaan ini dinamakan Ateroklorosis. Athero bermaksud mendapan dan sclerosis bermaksud mengeras. Jadi Atherosclerosis adalah bahan yang termendap dan mengeras dalam salur darah. Rujuk gambar di bawah. Dinding arteri menjadi sempit disebabkan oleh mendapan lemak yang terkumpul dan menjadi plak. Ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk melalui ruang yang sempit maka berlakulah tekanan darah tinggi. 

turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi

 

TANDA-TANDA AWAL HIPERTENSI

Kebanyakan kes pesakit yang mengalami serangan jantung, stroke dan kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi TIDAK MENGALAMI sebarang simptom yang ketara. Oleh sebab itu ia dikategorikan sebagai pembunuh senyap (silent killer). Ishhh bahaya tau!

Namun, sekiranya ada mengalami simptom-simptom berikut, segera periksa tekanan darah anda dan dapatkan pemeriksaan doktor :

  1. Sakit kepala secara tiba-tiba – Terutama di bahagian dahi/mata/hidung/pipi. Namun ramai yang mengabaikan tanda ini kerana menyangka cuma sakit kepala biasa. 
  2. Tekak mual dan muntah-muntah – Boleh jadi anda alami keracunan makanan. Namun sekiranya ada sejarah darah tinggi, segera periksa.
  3. Pandangan mata kabur – Ini disebabkan oleh kurang oksigen pada saraf mata. Gejala ini biasa berlaku bersekali dengan mual dan muntah.
  4. Mengalami sesak nafas – Simptom paling ketara kerana tekanan darah tinggi mencapai tahap kronik. (Arwah bapa saya mengalami simptom ini secara tiba-tiba dan terus dapat mild stroke. 1 hari di emergency, 1 hari di wad biasa, hari ke-3 dijemput pulang olehNya  😥 )
  5. Pendarahan hidung – Besar kemungkinan kerana ada pembuluh darah yang pecah kerana tekanan darah yang tinggi. Segera berjumpa doktor!
  6. Kebas-kebas pada sendi, tangan dan kaki – Berpunca dari pengaliran darah yang tak sempurna kepada bahagian badan tersebut. Daran tak sampai bahasa mudahnya.
  7. Rasa berdebar-debar tanpa sebab – Jantung sedang mengepam darah dengan laju. Jangan abaikan tanda ini.

JANGAN AMBIL MUDAH! Kenalpasti tanda-tanda ini supaya anda mendapat rawatan pada masa yang tepat untuk turunkan tekanan darah tinggi. Jangan sampai bacaan terlalu tinggi dan terkena stroke (iskemik).

Kalau bacaan terlalu tinggi, serangan stroke boleh berlaku. Ini disebabkan oleh bekalan oksigen yang tak sampai ke otak. Saluran arteri sempit, darah tak dapat mengalir dengan baik menyebabkan peredaran darah tak sampai ke otak. Lebih baik mencegah dari merawat ya!

 

turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi 5.jpg

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Secara amnya punca utama tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah kerana tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup tak sihat. Mendapan lemak yang membentuk plak pada arteri yang datangnya daripada makanan harian. Lebihan lemak ini pula tidak dibakar dengan aktiviti fizikal. Jadi tidak hairan lah Ateroklorosis boleh berlaku menyebabkan salur darah menjadi sempit dan seterusnya tekanan darah menjadi tinggi.

Selain itu, antara punca lain termasuklah:

  1. Berat badan berlebihan
  2. Pengambilan garam berlebihan
  3. Stress atau tekanan perasaan
  4. Tabiat merokok
  5. Faktor keturunan

APAKAH BACAAN TEKANAN DARAH NORMAL?

Alat untuk memeriksa tekanan darah boleh didapati dengan mudah. Bagi mereka yang mempunyai risiko, pastikan beli dan simpan satu alat ini untuk sentiasa pantau bacaan tekanan darah. Bacaan tekanan darah yang optimum adalah 120 bagi sistolik dan 80 bagi diastolik. Manakala bacaan tekanan darah tinggi seperti jadal di bawah (hypertension stage 2 & stage 2). Sekiranya anda mendapat bacaan jatuh pada paras hipertensi, segera dapatkan rawatan untuk turunkan tekanan darah tinggi anda.

turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi

Anda digalakkan untuk menjaga corak pemakanan secara serius. Amalkan makanan yang sihat dan seimbang serta masukkan makanan yang tinggi kandungan polifenol ke dalam diet harian. Kajian mendapati polifenol berupaya untuk turunkan bacaan tekanan darah tinggi. 

Polifenol adalah sebatian kimia yang biasanya dijumpai pada buah-buahan yang berkulit gelap seperti anggur dan keluarga beri yang lain. Polifenol mempunyai sifat anti-oksidan yang terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuk lah meningkatkan fungsi dan meluaskan ruang salur darah, kuatkan sistem imun dan menurunkan keradangan. 

VIVIX UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ramai pesakit kardiovaskular diberitahu supaya elakkan makanan tertentu seperti makanan berlemak, berminyak, tinggi kolesterol dan sebagainya. Tapi mereka lupa terdapat banyak makanan yang boleh diamalkan untuk turunkan tekanan darah tinggi. Atau sekiranya anda ingin memastikan bacaan tekanan darah sentiasa dalam keadaan stabil, pastikan anda amalkan makanan yang TINGGI POLIFENOL seperti berikut :

  • Buah beri
  • Koko
  • Buah delima
  • Buah zaitun
  • Anggur, terutamanya Anggur Muscat

Vivix adalah makanan tambahan yang kaya dengan polifenol dan mempunyai kuasa anti-oksidan yang sangat hebat. Ia dirumus khas menggunakan bahan semulajadi Anggur Muscat . Anggur Muscat mempunyai rangkaian lengkap polifenol yang tidak ada pada anggur lain. Oleh itu ia menjadi sumber anti-oksidan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Anti-oksidan telah dikaji mampu memelihara salur darah yang sihat sekaligus bantu turunkan bacaan tekanan darah tinggi dan elak risiko diserang stroke. 

turunkan tekanan darah tinggi ateroklerosis salur darah sempit bacaan tekanan darah makanan turunkan darah tinggi 9 (1)

 

Untuk mendapatkan Vivix, boleh hubungi saya dengan hanya klik pada imej di bawah tanpa perlu save nombor saya satu persatu.

cara jadi ahli shaklee

Harapan saya agar tulisan ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Terima kasih.

 

Rujukan:

  • https://universityhealthnews.com/daily/heart-health/polyphenols-benefits-antioxidant-anti-inflammatory-blood-vessel-dilator/
  • https://www.healthline.com/health/high-blood-pressure-hypertension#bloodpressure-medication
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/159283.php
  • https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/blood-pressure-causes#1

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge