Macam Mana Nak KURUS? Buat 3 Langkah Mudah Ini!

NAK KURUS TAPI BELUM BERJAYA?

Ya ampun sis! Dah berapa kali diet tapi tetap tak berjaya nak kurus? TAKPE JANGAN SEDIH, JANGAN DOWN. Sebenarnya nak kurus ni mudah je. Nak kekalkan kurus tu yang lebih susah. Kalau fasa nak turunkan berat pun dah tewas, macam mana nak kuatkan semangat bila dah kurus nanti? Percayalah, nak kekalkan jauh lebih susah. Sebab tu ramai je yang dah kurus kembali gemuk.

Sebelum nak mulakan program kuruskan badan, mula-mula sekali kena tahu dulu apa punca gemuk.

Ada orang, dulu kurus, sebab stress kerja asyik makan merapu fast food memanjang sedar tak sedar dah gemuk.

Ada orang, memang gemuk sejak azali.

Ada orang, gemuk, kemudian kurus dan gemuk balik. Kejap je kurus.

Ada orang sangat suka makan manis-manis. Dia tak rasa itu punca gemuk.

Gemuk ni ada macam-macam sebab. Lain orang lain sebabnya. Tapi mostly sebab terlebih makan lah. Dah la makan banyak, makan merapu tak ada khasiat, salah pilih jenis makanan dan paling common MALAS nak bergerak. Kereta tu kalau boleh nak park betul-betul depan kedai. Hahaha!

Konsep nak kurus ni senang je. Mana-mana program pun tetap akan guna konsep yang sama. Takkan lari jauh.

3 LANGKAH MUDAH NAK KURUS

1. Makan Konsep Suku Suku Separuh

Ramai orang ingat tak boleh makan nasi kalau nak kuruskan badan. SILAP BESAR! Jangan seksa badan kita. Makanlah nasi tu, nasi putih pun tak ada masalah, makanlah. Cuma perlu kawal portion sahaja. Nasi atau karbo jumlahnya suku pinggan sahaja. Lagi suku untuk lauk pauk protein – ayam, ikan, telur, udang, daging dan lain-lain. Manakala separuh untuk buah dan sayur. Boleh makan nasi 2x sehari dengan konsep ini.

nak kurus dengan suku suku separuh

Pastikan ada 2x snacking (kudapan) untuk waktu pagi dan petang. Kudapan pilihan seperti roti wholemeal, buah, kekacang, jus homemade. Yang penting elakkan makanan bergoreng. Breakfast lebih bagus makan protein sebab ia bantu bakar lebih kalori.

Total sehari kena makan 5 kali !!

Air pulak – perlahan lahan kurangkan manis. Kurangkan dah cukup tak perlu cut terus. Badan kita tetap perlukan gula. Perempuan sehari 6 sudu, lelaki 9 sudu jangan lebih dari ini.

2. Lemak Kena Bakar!

Dah nak masuk tahun 2020, janganlah ada lagi yang percaya produk yang boleh gantikan senaman. TOLONGLAH JANGAN PERCAYA! Tak ada satu produk pun yang boleh gantikan aktiviti bersenam. Lemak-lemak sedia ada dalam badan yang dah diternak selama berbelas atau berpuluh tahun tu perlu dibakar. Satu-satunya cara untuk bakar adalah bersenam.

Tak perlu pergi gym angkat berat main besi pun! Bersenam lah sendiri kat rumah joging ke, zumba ke, tabata ke, aerobik ke, banyak cara boleh buat. Kalau tak pernah bersenam seumur hidup, mulakan dengan berjalan kaki let say 10 minit. Lama-lama naikkan jadi 30 minit. Once dah rasa selesa start slow jog. Dan seterusnya.

nak kurus bersenam di rumah

3. Tidur dan Cukup Rehat

Jangan harap nak kurus kalau selalu tidur lambat. Stress je memanjang, tak cukup rehat. Bila kita mula kawal makan, bersenam akan ada perubahan pada tubuh badan dari segi hormon, penggunaan tenaga, metabolisma dan lain-lain. Jadi sangat sangat penting pastikan tidur cukup 6-8 jam setiap hari.

Kalau tak cukup tidur, hormon jadi tak stabil dan kacau ‘mood’ nak kurus yang kita dah set.

nak kurus cukup tidur dan rehat

Mudah je kan?

Yang penting tak perlu berlapar kalau nak kurus. Fahamkan konsep baru seronok, konsisten dan berjaya capai berat ideal tu. Tempoh masa pun biar realistik. Its ok slow and steady. Ambik masa 6 bulan ke setahun pun takpe. Rileks je. InsyaAllah mesti berjaya!

Good luck uols  😎

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge