Lepak Santai 1 Malam di Nafas Cube Maeps Serdang

Kalau sebut Maeps Serdang mesti ramai yang tahu kan, tapi tak ramai tahu ada tempat bermalam yang dinamakan Nafas Cube. Kawasan nya kecil saja, sangat sesuai untuk mereka yang tak suka sesak dengan ramai orang.

Ada 2 jenis penginapan yang disediakan. Premium dan Executive Room merupakan bilik jenis cabin manakala Culvert Room adalah bilik konkrit bulat yang ala ala hipster.

Premium Room

Executive Room

Culvert Room

Culvert Room hanya ada katil sahaja. Tandas terletak di bahagian belakang bilik. Manakala Premium dan Executive Room masing-masing disediakan tandas di dalamnya. Lebih selesa la kan. Culvert tu macam sesuai untuk lelaki bujang.

Tak banyak aktiviti yang ada di sini. Yang ada cuma :

BBQ @ Nafas Cube
1. Sewa Tapak BBQ RM200.00 (Tapak dilengkapi kerusi, meja, singki, kipas) *tidak termasuk peralatan BBQ.*

2. Pakej sewa tapak dan peralatan BBQ= RM300.00

3. Pakej BBQ lengkap = RM40/person (Ayam, daging, hotdog, nasi/bihun/mee goreng, air kordial, sos) *minimum 20pax

Sewa basikal @ Nafas Cube
RM10/1st 3hour

Memancing @ Nafas Cube
RM20/hour
RM50/3 hour
*umpan tidak disediakan

Karaoke @ Nafas Cube
RM30/hour
RM70/ 3 hour

*Free
1 – wifi
2 – mineral water

Sebenarnya tujuan Diba book staycation di Nafas Cube ni sebab nak baca buku je! Hahaha pelik kan? Sebab tu tak kisah tak ada banyak aktiviti pun tak apa. Janji suasana tenang untuk membaca. So yes! Memang tepat pilihan Diba.

Kalau korang pun nak lepak dekat Nafas Cube ni sambil baca buku macam Diba (hahaha!) boleh hubungi 018-2485399 ya.

Harga Bilik

Premium Room – RM250

Executive Room – RM180

Culvert Room – RM100

Masa Diba book, dapat sekali free breakfast. So jimat la duit makan pagi.

Overall review, aktiviti tak ada apa sangat melainkan yang Diba tulis di atas. Bilik ok, bersih, toilet bersih, katil selesa, kawasan kecik je tapi banyak pokok cantik.

Mungkin pihak pengurusan Nafas Cube boleh consider untuk upgrade tempat ni. Lebihkan bilik, tambah pool, dan aktiviti lain. Baru lebih happening kot. Anyway, tetap a good place for relaxing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge