Larian 21km Half Marathon Pertama di Ipoh 7 Bridge Run 2019 – Pengalaman Paling Berharga

Sejak setahun yang lepas, Diba cuma seronok menyertai larian ‘virtual’ sahaja. Tak pernah sekalipun terdetik nak masuk larian biasa yang ramai-ramai tu. Apa lagi larian 21km atau dipanggil half marathon.

Tapi lepas tengok kawan-kawan makin ramai yang share, Diba pun terpengaruh juga. Jadi tanpa fikir panjang Diba terus register larian 21km Ipoh 7 Run Bridge 2019. Lepas register baru rasa macam kerja gila. Hahaha!

3 bulan sebelum half marathon, Diba dapatkan tips kawan-kawan yang dah biasa lari jarak jauh. Diba biasanya lari 5km saja, paling tinggi pun 10km. Antara nasihat yang Diba dapat, WAJIB training long distance run dan cukupkan mileage kaki.

Maksudnya, kena biasakan kaki berlari jarak jauh. Tapi sebab kekangan masa Diba tak berjaya pun training lsd (long slow run) lebih dari 10km. Hati risau sebenarnya, takut kalau-kalau terkena kejang otot (cramp) masa hari kejadian. Maklum lah tak cukup training.

Tapi Alhamdulillah Allah izinkan sepanjang larian 21km selama 3jam 10minit itu berjalan lancar. Flag off pukul 5 pagi, 4.30 Diba dah sampai dan terus warming up. Tepat jam 5 semua peserta dilepaskan.

Menariknya, acara larian ini ada ‘balloon pacer’ untuk 2 jam, 2jam 30minit, 3 jam, 3jam 30minit, 4 jam dan 30minit. Jadi contohnya kalau dah set nak habiskan larian dalam masa 3jam, boleh follow saja balloon pacer ini.

Alhamdulillah, walaupun kaki rasa sakit sangat terutama lepas km15, Diba tetap gagahkan juga habiskan larian. Kawan merangkap pacer Diba, asalnya target 3jam sana tapi km hujung-hujung tu Diba dah tak larat sangat. Banyak berjalan dari berlari.

Surau ada disediakan. Water station ada 5 kesemuanya. Pisang disediakan pada km15. Overall walaupun penat dan sakit kaki, Diba teruja nak teruskan training untuk larian 21km akan datang. InsyaAllah moga lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge