Langkah-langkah Mencegah Jangkitan Coronavirus yang Disarankan Oleh WHO

World Health Organization (WHO) telah memberi panduan langkah-langkah mencegah jangkitan Coronavirus untuk orang awam. Baru-baru ini, seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak Coronavirus yang berpunca dari virus haiwan eksotik yang dimakan oleh penduduk di Wuhan, China.

Malaysia tidak terkecuali. Terdapat pelancong yang berasal dari Wuhan telah datang ke Malaysia untuk bercuti. Walaupun mereka diterima masuk, langkah-langkah pencegahan tetap perlu diambil untuk elak dijangkiti.

1. Pastikan kebersihan dijaga, basuh tangan dan gunakan sanitizer.

2. Elakkan tempat awam.

3. Pakai topeng muka.

4. Jauhi mereka yang kurang sihat.

5. Elakkan makan daging yang kurang masak.

6. Elakkan sentuh haiwan terutama di ladang.

Semoga vaksin kepada virus ini segera ditemui kerana nyawa yang hilang semakin meningkat.

2 thoughts on “Langkah-langkah Mencegah Jangkitan Coronavirus yang Disarankan Oleh WHO”

    1. Betul. Mask walaupun tak protect 100% tapi tetap membantu. Kalau tak pakai lagi seram. Sebab kita tak tahu virus tu siapa yg bawa dan ada dekat mana. Cuci tangan sentiasa.

      Paling penting kuatkan sistem imun. Kalau lah terkena virus (Nuazubillahminzalik) at least imun kita kuat untuk lawan. Semoga Allah pelihara kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge