Kulit Kusam Sebab Tak Rajin Pakai Toner – Ruginya!

Dah pakai pencuci, krim muka dan pelembap tapi kulit kusam jugak. Nampak tak ada seri. Kena pakai make up baru naik seri muka tu. Tapi nak make up hari-hari tak rajin kan? Sebenarnya apa punca kulit kusam ni? Macam mana nak bagi hilang kusam tu supaya nampak kulit naturally healthy tanpa make up?

Kulit Kusam Sebab Tak Pakai Toner

Ok, ramai kan yang tak pakai toner? Sebenarnya mungkin korang belum berjaya dapat kulit idaman sebab tak pakai toner! Yes, sebab toner ni sangat penting untuk proses rawatan kulit.

Toner menggalakkan gentle exfoliation, pengelupasan lembut yang menanggalkan sel kulit mati setiap hari. Toner juga mempersiapkan kulit untuk terima dan serap lapisan pelembap dan serum yang dipakai lepas mencuci muka secara optimum.

Kalau skip toner, kulit akan jadi kusam sebab sel kulit mati tak dibuang. Sel kulit baru yang sihat pun tak boleh nak menyerlah. Dan agak rugi lah pakai pelembap dan serum tapi tak diserap sepenuhnya kan? Sebab ada lapisan kulit mati yang menghalang.

So rajin-rajin lah pakai toner kalau nak kulit cantik ok!

Jenis-jenis Toner Berbeza Untuk Jenis Kulit

Kalau nak cuba toner yang perfect untuk semua jenis kulit, guna Youth Perfecting Skin Toner sebab dia ada formula Vital Repair khas untuk merawat, melembap dan memperkaya kulit dengan vitamin. Toner lain tak ada benda ni.

Kalau kulit jenis berminyak dan berjerawat, cari toner yang mengandungi salicylic acid. Ia menanggalkan lapisan minyak berlebihan pada kulit dan menghakis sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit.

Kalau kulit jenis sensitif, pilih toner yang mempunyai bahan botanical seperti aloe vera untuk memberi efek sejuk dan mengekalkan kelembapan.

Kalau kulit jenis kering, pastikan pilih toner yang berasaskan air, tekstur ringan dan mempunyai bahan yang memberi kelembapan maksimum pada kulit.

Kalau kulit sudah mempunyai tanda-tanda penuaan, cubalah cari toner yang ada glycerin, rose water dan hyaluronic acid (HA). Amalkan juga pegambilan lecithin. Kesemua bahan ini bersifat anti oksida dan membantu mengurangkan tanda penuaan dengan memberi kelembapan pada kulit.

Kalau kulit mempunyai liang pori yang besar dan jelas, lebih sesuai guna toner yang mengandungi alpha hidroxy acid seperti glycolic acid untuk buang sel kulit mati yang terperangkap di liang pori.

Tapi kalau susah sangat nak pilih toner yang sesuai, Diba cadangkan pakai saja Toner yang Diba dah guna hampir 2 tahun ini. 200% recommended! Sebotol tahan 6 bulan untuk penggunaan 2x sehari.

Diba jadikan toner ini sebagai essence dalam misi kulit Korea (Diba guide siapa yang beli dengan Diba saja). Tengok hasil dia dalam masa 2 minggu. Kulit lebih gebu, licin dan anjal. Serius korang kena cuba toner yang superbest ni. Bye kulit kusam!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge