Kerap Cuci Muka Punca Muka Berminyak dan Tumbuh Jerawat

Kerap Cuci Muka Punca Muka Berminyak dan Tumbuh Jerawat

Eh ingatkan kerap cuci muka bagus. Rupanya itulah antara punca utama muka berminyak! Haaa terkejut kan? Teknik cuci muka yang salah pun boleh jadi penyebab.

Muka berminyak merupakan masalah kulit yang sangat biasa berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu lah tahu terlebih dahulu punca-punca sebenar yang menyebabkan kulit muka berminyak.

PUNCA-PUNCA MUKA BERMINYAK

1. Keturunan

Keturunan tak boleh diubah tapi ia cuma menyumbang sekitar 20% daripada masalah. Jadi walaupun ahli keluarga anda semuanya mempunyai masalah kulit muka berminyak. Ia sangat boleh di atasi dengan berkesan.

2. Pemakanan

Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi, nak tak nak perlu kawal diri dari makan makanan bergoreng dan tinggi gula. Seminggu 1-2 kali masih okay tapi kalau hari-hari memang bertakung lah minyak dekat muka tu.

kulit muka berminyak kulit berjerawat kulit kusam kulit kering fast food kulit berjerawat

3. Hormon tak seimbang

Terutama fasa umur remaja. Sangat biasa golongan remaja mengalami kulit ‘breakout’ disebabkan oleh sebum menghasilkan minyak berlebihan. Lebihan minyak akan menyumbat liang pori, memerangkap bakteria dan menjadi punca jerawat.

4. Stress/ tak cukup tidur

Stress juga akan mempengaruhi hormon. Bila hormon tak stabil, kejadian nombor 3 di atas akan berlaku. Jadi elakkan stress atau tak cukup tidur.

5. Kosmetik

Kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka sudah semestinya akan menyebabkan kulit muka berminyak teruk. Contoh, kulit muka jenis kombinasi dan memakai foundation jenis oil based. Lebih sesuai cari yang water based.

kulit muka berminyak kulit berjerawat kulit kusam kulit kering

6. Faktor cuaca

Biasanya kulit muka jadi lebih berminyak ketika cuaca panas. Ini kerana kulit bertindak balas keluarkan lebihan minyak untuk melindungi kulit dari kering. Jadi elakkan kerap terdedah di bawah cahaya matahari.

7. Mengandung

Ibu hamil juga mengalami perubahan hormon. Oleh itu sepanjang tempoh kehamilan sangat tinggi kemungkinan mengalami muka berminyak.

8. Kerap cuci muka

Haa jangan tak tau, kerap sangat cuci muka tak bagus sebenarnya. 2-3 kali sehari dah cukup. Lebih dari itu, kulit muka jadi terlalu kering dan meransang sebum untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melembapkan kulit.

Masalah kulit muka berminyak ini mudah diselesaikan. Elakkan punca-punca di atas. Tapi walau macam mana kita elak, tetap ada faktor di luar kawalan.

Oleh itu saya ingin berkongsi cara mudah untuk dapatkan kulit muka seimbang dan elak muka berminyak. Jemput tonton video pendek ini.

 

Mudah kan tips dalam video di atas? Semoga perkongsian ini dapat bagi manfaat untuk anda yang mengalami masalah kulit muka berminyak.

 

Hubungi saya segera sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk vitamin untuk rawat masalah kulit berminyak dengan berkesan. Klik pada gambar Whatsapp di bawah untuk terus menghubungi saya di aplikasi Whatsapp tanpa perlu save nombor saya.

cara jadi ahli shaklee

TUNGGU !!!

Anda berminat untuk mendapatkan produk nutrisi ini dengan

harga yang lebih murah sebanyak 15-25% ??

Klik gambar di bawah 🙂

Daftar-ahli-Shaklee-pengedar-vivix-shaklee-klang

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge