Kelebihan Pencuci Muka Oil-Based dan Cara Betul Menggunakannya

Keliru nak pilih pencuci muka? 

Sebenarya kalau perasan pencuci muka ada banyak jenis. Yang paling asas adalah oil-based dan water-based. Biasanya oil-based dalam bentuk gel dan tidak berbuih. Manakala water-based macam tekstur krim yang banyak buih tu. Jelas kan? Kedua-dua jenis pencuci muka ini berbeza dari segala segi. Kena tahu beza baru senang nak pilih.

Pencuci Muka Oil-Based vs Water-Based 

Nama pun dah berbeza, sudah tentu fungsi pun tak sama. Pencuci muka oil-based bertindak membersihkan kotoran yang berasaskan minyak di wajah seperti sisa solekan, asap kenderaan, dan minyak berlebihan dari kelenjar sebum. Dan water-based cleanser pula mencuci kotoran yang berasaskan air seperti peluh, debu dan habuk. Dah tahu beza kan, agak-agak mana satu yang kulit kita perlukan? Ya, kedua-duanya adalah perlu sebenarnya. 

Tapi, tak ramai yang tahu tentang oil-based cleanser dan tak menggunakannya. Jadi kotoran berminyak tetap ada di wajah yang menjadi punca pori tersumbat, jerawat dan kulit kusam. 

Kelebihan Pencuci Muka Oil-Based

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, banyak terdedah kepada cahaya matahari atau bekerja di kawasan yang banyak pencemaran udara. Penggunaan oil-based cleanser sangat penting kalau nak kulit wajah bersih dan sihat. Jangan risau, ia TIDAK MENAMBAH MINYAK DI PERMUKAAN KULIT. Kalau guna water-based saja wajah tak betul-betul bersih selepas dicuci. 

Bila oil cleanser di gosok pada permukaan wajah, minyak didalam oil cleanser itu akan mengikat dan menarik keluar kotoran yang berminyak tanpa menyumbat liang pori.  

Selain itu, oil cleanser juga pada masa yang sama membantu memberi kelembapan kepada kulit. Jadi tak lah kulit muka terasa tegang sdan kering selepas dicuci.

Cara Betul Menggunakan Pencuci Muka Oil-Based

Cara yang betul menggunakan oil cleanser adalah, JANGAN BASAHKAN MUKA dan TAPAK TANGAN DAHULU. Terus picit oil cleanser dan gosok lembut pada permukaan wajah. Kemudian baru ambil sedikit air dan gosok ke wajah. Oil cleanser tadi akan mula bertukar rupa menjadi pekat seakan-akan susu. Itu tanda ia berfungsi dengan betul. 

Pencuci Muka Oil-Based Terbaik di Malaysia

Mana nak cari oil cleanser yang paling bagus di Malaysia? 

Jawapannya adalah apa-apa jenama yang selamat, declare tidak menggunakan bahan kimia berbahaya dan hanya menggunakan bahan-bahan organik. Oh, natural (semulajadi) tak semestinya organik ya. Pastikan anda pilih pencuci muka oil-based yang organik baru lah berkesan dan tidak merosakkan kulit atau menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda yang keliru pencuci jenis apa yang sesuai untuk kulit anda. Thank you!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge