denai 3 puteri hiking santai sesuai untuk beginner

Hiking Santai Denai 3 Puteri Kota Damansara

Dah 3 tahun Diba tak hiking mana-mana bukit/gunung. Dulu pernah lah nak cuba serius tapi tiba-tiba dah kena kahwin hahaha! Suami jenis tak minat sukan outdoor yang lasak. Tapi Ahad lepas entah apa mimpi dia kata nak ajak pegi hiking. Terus Diba wasap kawan yang memang hikers sejati. Kebetulan diorang laki bini nak hiking santai bukit Denai 3 Puteri dekat Kota Damansara. Kami pun setuju nak join.

Korang waze je : Rimba Komuniti Kota Damansara atau SMK Seksyen 10 Kota Damansara.

Diingatkan kalau sampai pukul 8 tu parking mostly dah full. Kena park jauh sikit.  Jangan lupa isi nama dekat buku rekod ya. Ada tandas dekat pondok pendaftaran. Tapi malangnya tandas itu tak bersih. Huhuhu

Wajib register maklumat dekat buku ini. Senang kalau ada emergency kan.
Kena improve kersihan dan fungsi tandas ni.

Diba memang excited nak panjat ni! Tapi sebab husband first timer, kita layan slow-slow je. Kami mula mendaki pukul 8.30 pagi.

Masa kami naik ramai orang yang dah mula turun. Mesti diorang naik awal pagi tu. Masa yang kami ambil untuk panjat adalah selama 1 jam 30 minit. Kalau yang dah biasa agaknya 1 jam je kot. Ada yang siap praktis berlari naik turun bukit tu. Berbasikal pun ramai. Tapi tak boleh sampai ke puncak la.

 

 

Secara jujurnya, bukit ni sesuai sangat untuk beginner yang baru-baru nak belajar hiking. Laluan dia tak susah mana. Cuma ada satu dua tempat je yang curam, kena mendaki betul. Ada laluan yang macam bertangga. Ada juga kawasan berpasir. Boleh tengok gambar. Memang tercungap-cungap la jugak. Hahaha! Tapi kan hiking santai kalau penat stop je lah kejap takde hal. Kalau pergi weekend sangat ramai orang so jangan risau sesat. Boleh tanya orang kalau tak pasti laluan yang betul sebab ada beberapa laluan nak ke puncak tu.

Kebanyakan laluan rata macam ni.
Beri laluan kepada orang yang berbasikal juga. Diorang tak boleh naik smapai puncak pun.
Kawasan curam akan ada tali dekat tepi. So membantu untuk mendaki.
Antara kawasan curam yang bertangga.
Dekat sini memang mengah sikit nak teruskan pendakian. Haha! Keep it up nak sampai dah tu.
Ada satu pokok yang sangat sangat besar. Korang tengok la kami nampak kecik je kat situ.

Diba bawak siap-siap air Performance perisa Lemon. Bagus untuk elak dehydration. Dan tak rasa nak terkencing sebab dia retain air dalam badan. Bagus kan? Dan dah telan Omega Guard fish oil supaya tak mengah. Omega ni bagus untuk bantu kembangkan salur darah masa kita bernafas laju so takde la rasa mengah sangat.

 

Kalau dah sampai sini means dah nak naik puncak dah. Jalan lagi 5 minit je. Cuma laluan agak berpasir be careful agak licin ya.

Sampai puncak, kawan kami terus bentang ground, bawak keluar semua makanan dan masak air. Dia siap bancuh kopi okay! Tengok ramai orang cop tempat masing-masing sambil bentang tikar. Ada yang bawak hammock sebab banyak pokok atas tu. Enjoy angin sepoi sepoi bahasa. Kami siap tidur kejap lepas makan.

Makan dulu pastu kita tidoooo! Hahaha best weh tido angin bertiup lembut je. Ada orang tu siap berdengkur lagi haha
Bawak hammock boleh tido lama sikit. Jangan sampai malam dah la.

Pemandangan puncak bukit adalah highway NKVE. Sebab tengah jerebu kan, so gambar pun kelabu asap je lah. Hahaha! Kami lepak dalam sejam kat puncak, bergambar semua. Pukul 11.30 kami turun. Sama ambil masa dalam sejam setengah juga. Masa kami turun tu pun ada lagi yang baru nak panjat. Sebab banyak pokok, so tak la panas walau mendaki tengahari.

Thank you Rara & Faiz bawak kami panjat sini. Next ke mana pulak? Hehe

Overall, Diba sangat rekemen korang datang dengan family dan kawan-kawan. Ramai je yang bawak anak-anak sebab hiking santai je. Kawasan puncak pun luas banyak space untuk picnic gitu. Hopefully korang enjoy okay. Happy hiking!

3 thoughts on “Hiking Santai Denai 3 Puteri Kota Damansara”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge