Hiking Gunung Angsi Trek Sesuai Untuk Beginner

Ahad lepas kami berempat berpeluang hiking Gunung Angsi di Kuala Pilah. Dengan ketinggian 824 meter dan mempunyai 2 titik mula, gunung ini sesuai untuk sesiapa yang baru nak mencuba aktiviti panjat gunung.

Starting point dari Bukit Putus ambil masa 2 jam untuk naik manakala dari Ulu Bendul ambil masa 4 jam. Boleh tengok beza kedua-dua nya dalam gambar dibawah.

Ya, trek dari Bukit Putus dari mula dah mencanak naik. Tapi jangan risau, ok saja kalau beginner pun. Dah nama panjat gunung kan tak kan nak rata pulak trek. Dari Ulu Bendul pula kita boleh nampak trek landai (lebih kurang 5km) sebelum mencanak hingga ke puncak.

Nak merasa dua-dua kena datang dua kali lah atau naik dan turun ikut trek berbeza.

Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap orang. Jangan lupa register nama di pondok pendaftaran ya.

Kami tiba dia Bukit Putus pukul 9 pagi. Dah beli makanan siap-siap di Ulu Bendul cafe untuk lunch di puncak. Kami mula mendaki pukul 9.15 pagi.

Kalau letih ada beberapa tempat disediakan kerusi untuk berehat. So jangan rushing ok take your time. Ada juga yang bawa anak-anak usia 5 tahun ke atas. Ramai orang guna trek Gunung Angsi ini untuk latihan. Ada yang naik turun naik semula dan turun. Hebat betul!

Alhamdulillah berjaya sampai puncak pukul 11.30 pagi. Masa kami sampai hampir penuh dah port redup. Tapi pukul 12 tengahari ramai pendaki dah mula turun. Kami enjoy makan tengahari selama satu jam sebelum bergambar.

Tepat jam 1.20 petang kami pun turun. Masa turun stick sangat membantu kurangkan tekanan pada lutut. Overall, trek ini sesuai untuk aktiviti hiking santai hujung minggu.

So Gunung Angsi checked! Kita tengok next gunung apa pula yang nak ditawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge