Fungsi Zink Selain Untuk Kesihatan Sperma

Zink selalu dikaitkan dengan vitamin untuk lelaki khususnya untuk kesihatan sperma. Iya memang zink sangat powerful untuk lelaki yang ada masalah kesuburan terutama sperm count yang rendah. Tapi sebenarnya zink ada banyak lagi fungsi lain. Ini 5 fungsi utama zink selain untuk kesihatan Sperma.

1. Kuatkan Sistem Imun
Zink bantu kawal keradangan kata pakar penyelidik. Ia turut membantu mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka dapat bekerja secara optimum. Dan ada kajian menunjukkan zink jika diberi kepada orang yang selsema, tempoh masa selsema jadi lebih singkat.

2. Rambut Kuat dan Bersinar
Kalau ada masalah rambut gugur, zat nutrisi pertama yang perlu di makan adalah zink. Ia bertindak menyokong struktur rambut dan menggalakkkan folikel rambut yang sihat. Ia juga mempercepatkan kadar pertumbuhan rambut baru.

3. Luka Cepat Kering dan Sembuh
Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru dan mengelakkan jangkitan bakteria pada luka. Ia bertindak mengekalkan keutuhan dan struktur kulit di samping menghasilkan protein dan kolagen utk penyembuhan luka. Ia juga membantu proses pembekuan darah jadi tidak lah darah mengalir tak henti-henti.

4. Zink Untuk Kulit Sihat
Terutama untuk mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan sensitif. Memandangkan zink mempunyai sifat anti radang, ia membantu memgecutkan jerawat aktif dengan cepat dan elak dari jerawat baru tumbuh.

Best kan zink ni? 1 vitamin tapi ada banyak fungsi lain yang luar biasa. Sebotol Zink Plus ni sangat murah ye. Boleh tahan untuk 2 bulan. Berbaloi sangat amalkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge