Fungsi Suplemen Untuk Kawal Stress dan Elak Sakit Mental

Stress adalah perkara normal yang dialami oleh semua orang. Ada ke manusia yang tak stress? Jarang lah boleh jumpa. Jadi manusia memang tak boleh lari dari stress. Apa yang kita patut buat adalah kawal stress tersebut supaya tak melarat sampai jadi serius.

Antara cara berkesan untuk kawal stress yang sering disebut-sebut adalah dengan membuat aktiviti fizikal atau erti kata lain, bersenam. Apabila kita bersenam sejenis hormon akan dirembes keluar iaitu serotonin. Hormon serotonin akan memberi rasa gembira, puas hati dan tenang.

Selain bersenam, tidur yang cukup juga mainkan peranan penting. Stress boleh berpunca dari keletihan yang tidak diiringi dengan rehat yang cukup. Semua orang pun akan moody dan stress kalau tidur tak cukup kan? Nak buat kerja apa pun serba tak kena jadinya.

Ok now bahagian yang penting dalam usaha kawal stress adalah makanan seimbang yang kaya nutrisi. Nampak macam tak membantu tapi makanan adalah faktor yang sangat penting. Your are what you eat kan. Jadi selain pastikan cukup nutrisi seimbang yang terdiri dari karbohidrat, protein dan lemak, elak makanan minuman tinggi gula, suplemen juga ada fungsi yang besar untuk pastikan stress dapat dikawal dengan baik.

Suplemen untuk kawal stress yang paling penting dan paling famous adalah B complex. Biasa dengar kan B complex boleh elak kita jadi mak kau hijau? Hehehe.. sebenarnya bukan saja B complex tapi ada beberapa lagi nutrisi lain yang boleh bantu. Stay tune, Diba akan share more on each of the suplemen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge