Fisiologi Puasa – Apa yang Berlaku Pada Tubuh Badan Ketika Berpuasa?

Menarik untuk kita ambil tahu tentang fisiologi puasa ini. Pernah tak terfikir apa yang berlaku pada tubuh badan manusia ketika sedang berpuasa? Bila tak ada makanan yang masuk waktu tenghari, apa jadi? Haa jom kita tengok setiap fasa.

FASA 1 : Hari 1-2

Paras gula dalam darah akan menurun. Kita akan rasa jantung berdegup agak kencang. Simpanan glikogen akan ditarik keluar dari otot dan membuatkan otot berasa lemah. Antara tindak balas lain adalah rasa pening, nak muntah, lapar dah semestinya dan mulut agak berbau. Euwww!

Tapi jangan tak tahu mulut yang berbau semasa berpuasa itu sama seperti bau kasturi dia syurga. Aaa gitu hujah dia mulut busuk.

Badan memang lesu, lembik je bila awal-awal puasa ni. Memang normal. Jangan pegi bukak puasa pulak. Hahaha!

FASA 2 : Hari 3-7

Haa fisiologi puasa yang ini best, ramai suka! Lemak akan mula dipecahkan untuk meghasilkan tenaga. Ye lah tak dapat makan kerap kan badan perlu ambil sumber tenaga dari lemak yang tersimpan. Iyaa berguna tau lemak korang yang lama tersimpan tu. Nak pulak korang makan fat emulsifier Lecithin lagilah best!

Berlaku tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan pula kepada glukosa dan berlaku proses detoksifikasi. Badan dan kulit mungkin lebih berminyak dari biasa. Paru-paru tersa tak selesa. Manakala aktiviti sel darah putih meningkat sekaligus sistem antibodi tubuh bertindak lebih baik.

Sebab itu ada kajian menyatakan berpuasa boleh bantu tingkatkan sistem imun. Orang yang rajin puasa memang susah nak kena penyakit.

FASA 3 : hARI 15-30

Ini fasa fisiologi puasa yang paling bermanfaat. Ternyata setiap satu perintah Allah swt itu tiada yang memberi mudarat tapi semuanya untuk kebaikan.

Dalam tempoh ini, proses detoksifikasi berlaku dengan kadar optimum. Sel-sel mati dan rosak akan disingkir keluar dari tubuh. Proses penyembuhan yang badan perlukan lebih mudah berlaku malah penyakit sedia ada akan dirawat secara semulajadi. Kemungkinan berlaku rasa sakit atau tak selesa ketika ini.

Tapi dari segi tenaga akan semakin bagus, badan rasa energetic untuk buat apa-apa tugas harian. Fikiran dan minda jadi lebih jelas dan tajam. Otak berfungsi lebih cekap.

Subhanallah.

Amazing kan? Jadi janganlah kita rosakkan manfaat-manfaat ini dengan aktiviti kurang sihat macam terlebih tidur, terlebih makan, tak bersenam dan berfikiran negatif sentiasa. Enjoy moment puasa ini, bersederhana dalam segala hal terutama makanan ketika berbuka dan berhari raya nanti. Rugi sebulan puasa. InsyaAllah tubuh badan kita dapat manfaatnya.

Selamat Berpuasa!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge