esp shaklee bahaya

ESP Shaklee Bahaya Ke?

Ramai kata soya tak bagus untuk kesihatan. Sebab tu, ramai jugak yang kata ESP Shaklee bahaya. ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein adalah minuman protein yang berasaskan soya dalam bentuk serbuk. Produk soya yang lain tidak lah saya ketahui bahaya atau tidak. Tapi yang pasti ESP langsung tak sama dengan produk soya lain yang ada di pasaran. Nak tahu sama ada ESP Shaklee bahaya atau tidak, ada dalam semua point di bawah.

BETUL KE ESP SHAKLEE BAHAYA?

1. ESP MENGGUNAKAN SOYA NON-GMO

Pertama sekali, soya yang dipilih untuk menghasilkan ESP adalah soya NON-GMO.

Bahaya soya gmo

Apa itu GMO? Genetically Modified Organism, atau dalam bahasa mudah genetik asal organisama itu yang diubah untuk mendapatkan tujuan tertentu. Contohnya, genetik diubah untuk mendaptkan saiz buah yang lebih besar, hasil dalam tempoh yang singkat dan lebih tahan lama untuk di eksport. Ibarat ahli sukan yang menambil steroid/dadah untuk tingkatkan performance macam tu la persamaannya.

Menurut kajian GMO memberi kesan buruk kepada kesihatan termasuklah meningkatkan alahan/alergik, bertoksik dan menurunkan tahap nutrisi. Antara tumbuhan utama  yang dihasilkan melalui kaedah GMO adalah jagung, kacang soya, tomato, alfalfa, betik, epal dan ubi kentang.

bahaya makanan gmo

Oleh sebab bahaya GMO, Shaklee telah mengambil inisiatif untuk memilih soya yang berkualiti tinggi dan dipantau dibawah Program Pengekalan Identiti (IPP) untuk menghasilkan ESP. Dan yang paling menarik, setiap tong ESP diperbuat daripada 30 kg soya non-gmo!

2. ESP MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK (GI) YANG RENDAH

Yang kedua, ESP Shaklee mempunyai nilai Glisemik Indeks (GI) yang rendah. Glisemik indeks (GI) menentukan kesan sesuatu makanan ke atas paras gula dalam darah. Makanan (karbohidrat contoh nasi, roti, gandum) yang mengambil masa singkat untuk bertukar kepada gula adalah kategori GI tinggi. Maksudnya, tenaga yang dihasilkan dari makanan tersebut tidak mampu bertahan lama menyebabkan tubuh badan berasa lebih cepat lapar dan letih.

ESP untuk diabetes

Dengan ESP, protein soyanya adalah rendah GI iaitu 39 memastikan karbohidrat membebaskan tenaga dalam jangka masa yang lebih panjang dan dalam masa yang sama paras gula dalam darah kekal stabil. Jadi tubuh badan mendapat tenaga yang berpanjangan, rasa kenyang lebih lama dan sangat membantu mengurangkan berat badan.

esp shaklee testimoni

Oleh kerana nilai GI yang sangat rendah, ESP adalah pilihan terbaik untuk diambil ketika sarapan pagi ataupun ketika waktu sahur. Tubuh badan akan rasa bertenaga untuk tempoh yang panjang kerana karbohidrat melepaskan gula secara berperingkat.

3. ESP TIADA KOLESTEROL, TIADA ASID URIK & SANGAT MUDAH DISERAP

esp tiada kolesterol

Tak perlu risau akan kolesterol dan asid urik kerana ESP tidak mempunyai kedua-duanya, malahan ESP sangat mudah diserap oleh tubuh. Buktinya, ESP mempunyai skor kebolehserapan PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 yang bermaksud penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan kepada protein haiwan.

Jadi ESP sangat sesuai untuk mereka yang ingin turunkan paras kolesterol (protein haiwan kurang sesuai kerana ada kolesterol contoh telur, daging merah) dan juga membekalkan tenaga tanpa menaikkan paras gula dalam darah.

Pesakit gout juga sangat digalakkan mengambil ESP untuk membekalkan tenaga kerana ESP merupakan protein sumber tumbuhan yang tidak meninggikan paras asid urik sepertimana protein haiwan.

4. ESP DIPROSES PADA SUHU RENDAH

Sifat protein yang tak tahan dengan suhu tinggi (seperti suhu memasak) menyebabkan lebih 50% kandungan protein dalam makanan yang dimasak hilang. Jadi, protein seharusnya diproses dalam suhu yang terkawal agar khasiatnya terpelihara. Tak la nanti dapat kenyang semata-mata tanpa khasiat dan nutrisi yang cukup. Protein yang dimasak dengan suhu tinggi dan tempoh yang lama juga sukar dicerna kerana strukturnya berubah menjadi bentuk gumpalan.

Berbeza dengan ESP, ia diproses pada suhu rendah agar kandungan proteinnya terpelihara dan tubuh mendapat khasiat penuh. Selain itu, kaedah ini juga membantu penyerapan protein yang maksimum.

5. ESP SATU-SATUNYA PRODUK SOYA LENGKAP DENGAN KESEMUA 9 ASID AMINO PENTING

Protein merupakan building block yang berperanan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Protein berfungsi membina sel-sel dalam tubuh badan sepertimana batu bata yang membina sebuah rumah.

esp shaklee bahaya

Protein terdiri daripada 21 asid amino. 12 daripadanya (dipanggil non-essential amino acid) mampu dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Manakala 9 lagi asid amino (dipanggil essential amino acid) hanya boleh didapati dari sumber makanan harian.

Istimewanya ESP kerana ia merupakan satu-satunya produk makanan tambahan berasaskan soya yang mempunyai kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Tak percaya? Cuba cari ada tak produk soya lain yang lengkap dengan semua 9 asid amino ini. Jadi bila minum ESP, lengkap lah sudah keperluan protien dalam tubuh badan kita.

6. ESP MELALUI KAJIAN KLINIKAL OLEH SAINTIS – INI PALING PENTING!

ESP sememangnya terbukti berkesan melalui kajian klinikal saintis hebat. Bukan sahaja ESP, semua produk Shaklee adalah berasaskan kajian saintifik dan juga melalui ujikaji klinikal bagi menguji keberkesanannya. Kalau ESP Shaklee bahaya takkan ada terlalu banyak testimoni pengguna ESP yang memberi feedback positif.

Pasukan di belakang Shaklee bukan calang-calang. Kesemua mereka adalah doktor yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Antaranya termasuklah Dr Jamie McManus, Dr Bruce Daggy, Dr Hong Wang, Dr Laurel Fisher dan Dr Sonhee Park. Selain itu, Shaklee turut bekerjsama dengan saintis luar (pihak ketiga) untuk R&D produk dan kajian pemakanan seperti Dr Elizabeth Blackburn, Dr Gladys Block dan Dr Yasuhiko Kojima.

bruce daggy shaklee

Shaklee sangat memandang serius keberkesanan produk dan sentiasa memastikan produknya terdiri dari sumber semulajadi, ,selamat dan berkesan. Untuk itu, Shaklee juga telah menjalankan Landmark Study (bekerjasama dengan University of California, Berkeley) yang merupakan kajian pertama seumpamanya di dunia yang mengkaji keberkesanan pemakan suplemen Shaklee selama 20 tahun! Keputusan kajian sangat positif menunjukkan semua produk Shaklee termasuk ESP membantu mengurangkan risiko penyakit dan menambahbaik tahap kesihatan.

So, berdasarkan semua point diatas ESP Shaklee bahaya tak? Dah tentu tidak, malah ESP adalah antara 10 produk Shaklee yang paling laris di pasaran. Hubungi saya segera untuk dapatkan ESP dengan harga istimewa.

SAFIAH ADIBAH

Klik Sini >> 016-3334945

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, SHAH ALAM, PUCHONG PERMAI, IPOH & KUALA KURAU.

ID 1153284

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge