Elak 5 Makanan Ini Ketika Sahur Untuk Puasa Lebih Cergas

Hati-hati pilih makanan dan minuman ketika sahur. Kerana ia akan menentukan bagaimana keadaan anda sepanjang hari ketika sedang berpuasa.

1. Makanan Masin

Tahu tak makanan tinggi garam atau sodium boleh merangsang rasa haus yang melampau? Kalau masa sahur anda makan contoh, makanan dalam tin, ikan masin atau ikan bilis goreng, jajan dan sebagainya yang masin, sepanjang hari anda akan rasa sangat dahaga dan kering tekak. Tak bagus lah kan. Jenuh nak tahan dahaga selama lebih 12 jam. Jadi elakkan garam berlebihan dalam masakan, makanan segera dan apa-apa yang tinggi kandungan garam.

2. Makanan Pedas

Ada orang walaupun bulan puasa tetap teruskan habit suka makan pedas. Aduhai kesian usus dan perut nak proses makanan pedas waktu puasa. Makanan pedas boleh menggalakkan berlakunya keradangan kerana ia meningkatkan asid perut dan itulah yang jadi bila kita rasa macam pedih ulu hati. Sebab asid mula naik ke bahagian atas perut. Macam orang gastrik kan. Janganlah berani sangat makan pedas masa sahur. Takut nanti kena bukak puasa pulak. Tak pasal kena ganti balik. Hehe..

3. Simple Carb / Karbo Ringkas

Haaa ini penting. Karbohidrat adalah sumber makanan utama yang menghasilkan tenaga kepada setiap sistem tubuh. Ia terbahagi kepada 2 jenis, karbo ringkas dan karbo kompleks.

Bahasa mudah, karbo ringkas ni contohnya macam nasi putih, roti, mee, bihun, pasta. Ia bekalkan tenaga segera kepada tubuh badan. Dan sumber tenaga itu cepat habis. Tenghari kita dah rasa letih dan lapar gila. Tak larat dah nak buat kerja lain.

Manakala karbo kompleks seperti protein ESP, oats, gandum dan barli, tenaga dari sumber karbo jenis ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga habis. Jadi kita rasa energetic untuk tempoh masa yang lebih lama.

Cuba belek nilai Glisemik Indeks sesuatu makanan. Nilai GI yang rendah lebih bagus dari yang tinggi. Protein ESP contohnya mempunyai nilai GI hanya 37. Sangat bagus untuk dijadikan menu bersahur untuk dapatkan tenaga berpanjangan.

4. Makanan Berlemak/Bergoreng

Makanan tinggi lemak akan membuatkan anda samaada makin sembelit atau cirit birit sampai dehidrasi. Selain itu, badan akan rasa lemau, berat dan malas kalau makanan berlemak ni masuk dalam perut waktu sahur. Usus perlu bekerja keras nak cerna makanan ini dan uraikan menjadi tenaga. Confirm akan rasa mengantuk dan tertidur terus lepas sahur.

5. Kopi

Yang terakhir adalah kopi. Kopi ni bersifaf laksatif sebenarnya. Ia boleh menyebabkan sisa pencernaan dibuang dengan lebih cepat dari biasa dan agak kerap. Boleh jadi dehidrasi juga. Selain itu kopi boleh meningkatkan asid perut dan menyebabkan ketidakselesaan seperti pedih ulu hati.

Sebaiknya amalkan air kosong dan Performance drink sewaktu bersahur kerana ia boleh mengkalkan bendalir dalam badan secara seimbang. Jadi tak lah rasa nak buang air kecil je atau rasa dahaga.

Kalau nak rasa segar sepanjang hari mata tak mengantuk, minum Cinch Tea. Badan pun boleh kurus tau!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge